Thursday 29 September 2016

Spaghetti Bolognese My Style

Assalamualaikum semua. 

Hehehe. Masa Aidiladha haritu kami sekeluarga tak balik kampung. Memandangkan suami cuti pun dah tak ade, dan jiran-jiran yang berbangsa Melayu semua dah balik kampung...kami suami isteri pun decided untuk makan Spaghetti Bolognese 🍝 je la. Sebab last sekali pernah masak ni sejak zaman bercinta dulu lah 😆

Resipi saya kali macam biasa lah. Saya tiada sukatan tertentu ketika masak semuanya dalam kuantiti agak-agak dan juga resipi saya mesti ade gambar step-by-step camana nak masak. Biasa lah. Anak dara kecik lagi ha, jadi banyak la masa sensorang masa tengah masak. Jadi, why not kongsi dengan u'olls kan. 

Nak masak kuah Bolognese ni senang je. Cuma nak tunggu mereneh dan jadi pekat tu lama. Saya buat almost 2 hours+ taw, guna api paling perlahan sekali. Bau harum satu rumah.

1) Tumis bawang Holland (kalau tak de, pakai bawang besar pun okay dah) , dan bawang putih yang telah didadu. Boleyh tumis pakai mentega atau minyak. Tak kisah.


Tumis sampai layu je dan naik bau sahaja.


2) Masukkan Italian Herbs atau boleyh juga guna Oregano. Penting ni supaya rasa dan bau cukup umphhh! 


Sambil tumis tu, masukkan pun tak ape. 


Saya pakai yang ini.


3) Bila dah layu semua dan dah sebati, masukkan daging cincang. 


Sebatikan pula kesemua bahan. Tunggu sampai daging berubah warna kepada keperangan.


4) Masukkan susu segar. Separas daging sahaja. Biarkan mereneh sebentar supaya rasa susu diserap daging.



Biarkan kejap. Kemudian bila dah berbuih susu tu, masukkan tomato puri. Maaf gambar tak de, sebab masa ni sibuk tengok susu duk berbuih. Saya guna kan tomato puri brand Duchef. Masukkan satu tin besar tomato puri kedalam campuran daging tadi, kemudian menggunakan tin yang sama masukkan satu tin setengah air masak. 



5) Agak dah menggelegak lama, boleyh lah nak masukkan sayur pula, warna kuah pun dah cantik. 

Saya masukkan tomato yang sudah didadu terlebih dahulu. Dalam gambar saya gunakan 3 biji tomato.


Kemudian saya masukkan pula lobak merah (2biji) dan capsicum ataupun lada benggala kedalam kuah.


Selepas 15-20minit mereneh, saya masukkan juga cendawan (masa tulis entry ni boleyh terlupa plak nama cendawan ni 😅). Apapun, lagi sedap kalau guna cendawan butang. Tapi saya kurang gemar guna cendawan butang didalam tin.



6) Inilah rupa kuah yang telah dimasukkan sayuran tadi. Kelihatan agak cair, ni la masa yang saya dah mention tadi, kena renehkan selama 2jam atau kurang ikut berapa banyak yang anda buat, reneh sampai kuah pekat. 


Saya guna periuk besar seperti di bawah. Senang, boleyh makan ulang-ulang kuah banyak. Hehehe. Puas hati 👍


Keju tu saya suka-suka masukkan sebab nak tambah rasa berlemak-lemak gitu dalam kuah. Nanti dia cair dalam kuah.



7) Agak-agak kuah dah pekat, dah nak makan, boleyh la rebus spaghetti tu. 


8) Makan time! Sampai ke petang asyik ulang-ulang makan. Alhamdulillah. Boleyh tabur parmesan cheese masa nak makan. 


👍👍👍👍👍


Hari Raya Aidiladha ; 12 September 2016.


Gaya Rania malam sebelum raya, nak ikut mama & baba g beli barang

I always love you AZ & RA, X. O. X. O.






















No comments:

Post a Comment