Thursday 26 May 2016

Uruskan Diri Semasa Berpantang Secara Pembedahan

Assalamualaikum semua...

Mesti semua tertanya-tanya kan, bagaimana la cara nya untuk uruskan diri selepas bersalin secara ceaserean. Ye lah, mesti dalam fikiran semua orang mesti teruk kan keadaan selepas bersalin ceaser. Trust me, it's not that bad as you think. Mostly, pada hari kedua je akan rasa sedikit takut-takut nak berjalan, membuang air besar dan sebagainya. Saya siap tanya kat doktor taw, cmane doktor nak buang air besar? Hahaha... Doktor saya bagi pil pelembut najis selama 2 minggu. Jadi lancar la proses tu. 

Dah la masa memula discharge dari hospital doktor pesan tak boleh mandi sehingga hari ke-10. Rimasnya! Tapi, setiap hari sampai hari ke-10 walaupun saya tak dibenarkan mandi...saya cuci rambut saya setiap hari dengan shampoo & conditioner kat sinki setiap hari serta lap seluruh badan dengan air dan kain. AZ tolong cuci. Hehehe... Bila lagi nak bermanja kan. 


Muka-muka habis pantang :)

Set Bersalin? Of course la sebab ni anak first saya beli set berpantang yang paling best kononnye. Last2, tak pakai pun. AZ belikan set Nona Roguy. 


Set Nona Roguy.

Sudahnya, hanya guna dua item dalam kotak ni. Iaitu Phytonatal yang saya jujur boleh rate lima bintang sbb mmg bantu melawaskan usus kita & Akar Herbanika yang kita kena rebus uncang tu dan kita mnum air tu. 


Ni semua tak guna sebab Rania tak suka bau herba herba ni. Tahu pun sbb mase bukak kotak NR tu dlm bilik, ngn bukak penutup Krim Barut tu nak bau...sudahnya berapa jam merengek menangis sbb dia tak pernah bau kat saya. Bila dah cuci (kena sental woooo, bau kat tangan melekat kuat gila), baru diam senyap dan tenang. Aduhai anak. 

Jadi masa dalam pantang memang saya amalkan makan serbuk manjakani dalam kapsul tu untuk kecutkan rahim saya sebab tu je yang tak tinggalkan bau.


Ni la rupenye. Makan la setiap malam sepanjang saya berpantang ritu. Postnatal checkup doktor puji rahim kecut cantik. Siap scan tu. Hehehe.

Sejujur nya masa berpantang saya tak de amalkan apa-apa sangat. Sebab saya berpantang dengan MIL. Jadi agak malu dan segan untuk minta tolong buat apa-apa. Dalam minggu pertama dan kedua, saya hanya uruskan anak dan diri saya sahaja. Lagipun husbaby ambil cuti extra seminggu untuk bantu saya. Sangat membantu sebenarnya apabila suami cuti selama 2 minggu selepas kita bersalin lebih-lebih lagi jika bersalin secara pembedahan. 

Dari segi pemakanan, saya mula makan ikan haruan itu pun yang digoreng pada minggu ketiga. Takut nak makan awal-awal, sebab luka dalaman kita tak elok lg.  Sepanjang berpantang saya makan ayam, ikan merah dan ikan tenggiri yang dimasak pelbagai cara. Oh ya, kalau boleh pada minggu pertama dan kedua ni makan la oren Sunkist tu setiap kali lepas makan. Bagus untuk elokkan luka :)

Dalam minggu ketiga berpantang tu saya dah cukup kuat untuk basuh baju sendiri menggunakan mesin basuh dan sebagainya. Alhamdulillah. Perut pun dah tak rasa bergegar dah, tapi still menggelebeh sampai harini. Aiyooo! Kena work hard nak hilangkan.

TIPS BERPANTANG SENDIRI UNTUK IBU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN.
Share from FB : HayatiMomcare PenjagaanPantang

1) Berbincang dan bersepakat dengan suami.

Ini sangat penting. Percayalah, kita tak boleh buat semua sendiri. Bila berpantang sendiri, suami perlu mainkan peranan, tak boleh riba tangan je. Kita kena bincang betul2 dengan encik suami, terangkan betul2 keadaan kita, Insyaallah, suami akan faham.
Terimalah hakikat bahawa kita perlu juga ada seseorang yang membantu kita. At least, bantu ambil barang, mandikan bayi, bakarkan tungku dan lain-lain.
Jika suami berkerja (bukan berkerja sendiri), minta suami ambil cuti tahunan untuk seminggu bagi memberi ruang kepada diri kita membiasakan diri untuk buat kerja-kerja dalam pantang sendiri. Kalau kerja kerajaan, memang suami akan dapat cuti tanpa rekod selama seminggu apabila isteri bersalin.

2) Mental perlu kuat. Hati mahu tenang.

Berpantang sendiri perlu kekuatan mental. Jika jiwa kita resah dan serabut dalam waktu berpantang kerana risau melihat rumah tidak terurus dengan baik, ia akan mengganggu pengeluaran susu badan (minggu pertama dan kedua paling kritikal menyusu bayi dengan kerap untuk elak bayi demam kuning) kerana jika tidak boleh kontrol, boleh mengakibatkan kita terkena penyakit MEROYAN.
Minta bantuan suami membuat kerja-kerja rumah (tapi jangan harapkan sesempurna seperti kita yang lakukan) atau boleh juga cari PART TIME MAID untuk membantu kita uruskan rumah. Boleh booked dari awal, ramai yang buat perkhidmatan ni sekarang. Mereka boleh datang masak, kemas rumah dan sebagainya.

3) Booking siap-siap tukang urut atau Confinement Lady

Jika tidak di booking siap-siap, bimbang bila kita perlukan mereka ini tidak 'available'. Almaklumlah, bukan kita seorang yang bersalin. Walaupun bersalin secara pembedahan, kita perlu juga berurut supaya darah dalam badan berjalan lancar dan menghangatkan badan, susu badan keluar dengan lancar dan juga mengelakkan badan masuk angin. Elakkan berurut di bahagian pembedahan (biasa tukang urut tahu).

4) Persiapan barangan bayi 

Tidak perlu membeli barang bayi terlalu banyak. Cukup beli yang 'basic' dan penting dahulu seperti:

a) Baju lengan panjang, lengan pendek dan baju berlubang. Semuanya TANPA SELUAR. Seluar tak payah beli dulu kerana masa ni bayi pakai 'diapers' dan berbengkung (saya belajar tips ni dan amakan dari hospital tempat saya bersalin. Seriously sangat membantu dan jimat masa. Baby saya da start masuk 2 bulan baru saya pakaikan seluar).

b) Sarung tangan /sarung kaki

c) Selimut bayi. Kalo boleh yang ada hood. Senang sarung bila bawa bayi keluar ke klinik untuk elakkan kepala bayi masuk angin. (Bagi tips ni pula saya belikan bedung ber hood untuk anak saya, sebab selimut bagi anak saya hanyalah kain bedung dia je)


Rania di pangkuan ayahnya. Bedung warna merah.


Rania sedang tidur. Bedung yang sama brand warna pink pula kali ni. 


d) Tilam dan bantal bayi. Kalau boleh cari bantal yang berlekuk tengah supaya kepala bayi boleh 'centre'. Tips: selalu betulkan kepala bayi jika bayi tidur lama dengan kepala mengiring terlalu lama disebelah kanan atau kiri. (Saya ada menyediakan bantal bagi Rania, tapi sehingga sekarang usia Rania 2 bulan lebih, saya lebih selesa menidurkan dan membaringkan Rania tanpa bantal. Sebab terpengaruh tengok cerita The Return Of Superman yang pasal daddy di Korea menjaga baby tu, diorang pun tidak menggunakan bantal untuk bayi mereka. Saya ada buat research melalui Google pun kata seeloknya tidak menggunakan bantal bagi bayi baru lahir. Tapi terpulang kepada mommies semua ye)


Baby Rania bam bam tengah layan mata nak tidow. Sexy nya mata!

e) Toiletries bayi dan minyak telon. (Untuk Rania saya guna bahan mandian dari Sebamed dan minyak Yu Yee sebagai minyak Telon).

f) Diapers New Born
(Walaupun ramai yang kata tak perlu beli size newborn, terus beli size S...tapi pada pendapat saya newborn diapers sangat berguna. Sebab ia mempunyai ruang untuk pusat sekiranya belum luruh. Walaupun Rania lahir 3.9kg dan tali pusat luruh pada hari kelima kelahiran dia saya masih pakaikan dia diapers untuk newborn. Pada waktu tu saya belikan jenama Mamypoko. Muat kat Rania, tapi masuk je size S terus tukar jenama Drypers, sebab jenama pertama mahal sedikit. Hehehehe.)


Bekas simpanan diapers Rania. Kemas kan?

*****pastikan barang keperluan ini diletakkan di tempat yang kita senang capai, boleh gunakan bakul yang bersesuaian dan bertutup (elak habuk)

5) Persiapan keperluan Ibu 

a) Tungku / Hot Water Bottle. Untuk awal-awal bersalin, bertungku dahulu di betis, di tapak kaki untuk elakkan angin masuk.

b) Bengkung. Bukan bengkung yang ikat-bertali tu tau. Bengkung yang zip zap. Sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan pakai. Bengkung ini juga boleh dibasuh mesin dan ada saiz mengikut saiz badan kita. Boleh dapatkan sebelum bersalin. Survey mana2 kedai atau banyak juga di jual secara online. Boleh tanya kawan2 atau ssaudara yang pernah menggunakannya.

c) Maternity pad untuk darah nifas. Jangan hairan apabila darah nifas ibu yang bersalin secara pembedahan tidak banyak keluar. Ini kerana semasa proses pembedahan, darah nifas sudah disedut/dipam keluar. Pilih pad yang sesuai, senang digunakan.

d) Pengering rambut.
Untuk memudahkan ibu-ibu mengeringkan tempat luka bersalin selepas mandi. Ini penting agar luka betul2 kering yea, nanti kalau tak kering, akan timbul komplikasi lain pula. (Kalau tak de pengering rambut boleh je keringkan menggunakan kipas. Halakan pada luka dan biarkan luka kering).

e) Supplemen
Seperti yang saya cakap tadi, supplement sangat penting untuk memastikan badan kita kembali sihat selepas menjalani proses kelahiran yang sangat memenatkan. Apatah lagi jika bersalin secara pembedahan, Luka jahitan nak jaga, anak nak jaga juga kan. Kalau badan kita lemah, itu lah nanti yang akan menyumbang kepada sakit meroyan ( ha, ni penting. Kalau tak nak beli supplemen yang mahal-mahal tu..boleh je nak beli manjakani kapsul tu dengan saya. Gambar mcm kat atas, Whatsapp sahaja saya 0142140654 )


Oke, itu sahaja lah tips-tips yang boleh saya share sekiranya bersalin secara pembedahan / ceaserean. Kebanyakkan tips adalah dari pengalaman saya sendiri. Yang mana baik, adalah dengan izin Allah...yang buruk itu kekhilafan dari diri saya sendiri. Ewahhh, macam baru lepas bagj ucapan pulak.

I always love you AZ & RA. X. O. X. O.