Friday 5 February 2016

Detailed Scan & 3D+4D Scan Untuk Baby

Assalamualaikum...

Memandangkan sekarang saya dah la masuk third trimester of pregnancy, dah 32w dah, perut semakin membesar mata semakin berat nak tidur je sepanjang hari...dan of course, FOR SURE "TOILET" menjadi tempat kedua yang kerap dikunjungi selepas katil. Hehehe...

Apa boleh buat, redha je la mak buyung. 

Saja nak bercerita tentang jenis2 scan yang biasanya amat popular dikalangan ibu mengandung untuk mengetahui keadaan baby kat dalam perut. And so far, saya dah buat semua jenis scan. Al-maklumlah, first pregnancy ni excited lain macam sikit. Semua scan saya buat semua nya saya buat kat klinik yang saya buat monthly checkup sebab dah selesa dengan klinik tu, da kenal staff and tahu cara layanan staff dan doktor mcmane. Harga pun sangat berpatutan. Of course, tip top sebab tu setia dengan Klinik Najat (boleh rujuk entry Buku Merah aka Antenatal Book sebelum ni kalau nak tahu tentang klinik ni).


Gambar ihsan Google.

Oke, untuk scan 2D itu adalah scan yang kita monthly buat (depend on clinic). Gambar hitam putih je, tp boleh tengok perkembangan baby dalam perut. Mcm saya dulu, setiap bulan tengok...rasa terharu sangat taw. Boleh ingat lagi tengok kat monitor tu dari bentuk macam titik je, pastu boleh tengok jelas bentuk seperti seorang bayi. Emotional habis.


Contoh 2D. Ni masa baby saya 7w.


Contoh 2D. Baby saya masa 21w. Nampak dah bentuk baby.

Kemudian, kita ada 3D+4D Scan. Kebanyakkan klinik, mereka akan sekalikan pakej la 3D+4D ni sekali. 3D ni boleh tengok wajah bayi dan reaksi bayi ketika ini. Manakala 4D pula berbentuk video, di mana kita boleh tengok pergerakan dia. Seperti tersenyum ke, menggerakkan tangan ke... Sesuai buat 28w ke atas sampai 32w. Sebab ketika ni, bayi da mula ada lemak di badan jadi gambar akan lebih nmpk cantik dan jelas. Tidak sesuai buat lebih dr 32w (bincang dengan klinik) sebab sekiranya bayi dah membesar, ruang dalam perut kecil susah nak capture moment & picture. 


Baby saya masa buat 3D+4D ketik 30w. Kisah buat scan ni, sebenarnya memula dah buat masa 29w. Appointment malam masa tu. Dan tunggu giliran sangat lama. Masa 29w buat, baby sorok muka balik uri. Lepas tu tidur (doktor tengok graf jantung berdegup tu sekata je, maybe tidur). Terkilan juga masa tu. Sebab dah bayar mahal kan tp tak jelas. Cuma nampak gender je. Tp Allah tu maha Adil, disebabkan kami ni memang checkup kat situ, doktor baik sangat. Dia ckp next checkup dia akan buat lagi 3D+4D untuk kami sekali lagi, at least boleyh tengok muka baby. Kuasa Allah tu luas, masa 30w tu memang jelas. Tu la hasilnya gambar jat atas tu. Free taw. Doktor tu dah tak charge saya harga 3D+4D. Baby saya baik sangat siap tunjuk muka dia, pastu senyum lg. Tahu je baba & mama dia nak tengok dia. Pastu dia sorok muka dia.

Dan lastly, ada satu lagi jenis scan yang popular di kalangan ibu mengandung. Dikenali sebagai Detailed Scan.


Untuk detailed scan ni plak, gambar dia macam 2d tu je ye. Gambar hitam putih je. Tujuan nya untuk, lihat keadaan bayi, samada ada abnormalities atau tidak (nauzubillah mintak semua bayi kita lahir sihat sempurna ye). Mcm saya, saya buat masa 21w, doktor explain kat saya, kali, kedudukan bayi, perut bayi oke tak...lepastu, tengok jantung bayi. Normal ada 4injap. Nanti memang akan nampak kat screen tu. Jantina pun kalau bayi tak sorok, boleh nampak dah. 

Itulah antara jenis-jenis scan yang akan ibu2 alami semasa mengandung ni. Hehehe. Enjoy your pregnancy. Time ni la nak bermanja-manja ngan suami. Mesti suami kesian tengok isteri bawak perut boyot2. Hehehe. 

Macam saya, memang terasa beratnya perut. Doktor saya kata, anak saya ni cukup makan. Baru 31w da hampir 2.6kg. Membesar bagai juara sangat yg didalam perut ni. Jadinya, mama kene la control makan sikit. Sekarang dah start checkup kat private hospital yang insyaAllah akan jadi tempat saya bersalin nanti. Dah tak pergi klinik biasa. Sebabnya, dah sampai waktu kena ulang alik hospital. Nervous dah skang. Doakan yang baik2 untuk saya dan bayi ye. Terima kasih.

I love you AZ. X. O. X. O.