Tuesday 19 July 2016

Al-Rawsha Restaurant , Restoran Makanan Arab yang Sedap!

Assalamualaikum...

Macam biasa la setiap kali makan kat mana-mana yang saya rasa worth every money that I spend atau not worth at all , saya mesti akan tulis review (ikut kerajinan juga...hewhewhew).

So, this time on my 27th birthday, my small family and I decided to go and have a birthday dinner kat salah satu restoran makanan Arab yang saya rasa agak well-known juga di Shah Alam. Sebab masa saya pergi tu ramai juga yang tengah dine-in. Why nasi Arab? Actually, I was craving for this nasi Arab while I was carrying Rania during my pregnancy. 

Saya siap tanya rakan saya di facebook mana tempat makan nasi Arab sedap. Sebab selalu tengok dia check-in location makan-makan, mesti dia tahu ni mana sedap. Padahal tak kenal pun, tapi kenal FB je. Thanks Faezah!


Inilah rupa restoran Al-Rawsha. Gambar ehsan Google. Saya pergi malam, gambar tak jelas sangat, lagipun nak posing-posing pegang Rania, baik masuk makan terus. Hewhewhew...

Bila tengok rupa bangunan ni, macam tak percaya pun ada ni restoran. Takut nak masuk pun ada. Hehehe. Tapi memang cantik lah. Kiranya dinner malam tu bukan lagi candle light dinner, tapi chandelier light dinner. Hahaha... Interior design dia memang best. Tak sempat nak ambil gambar, sebab dah lapar sangat. 

Ini antara yang saya order la. Memang dah target dari rumah nak makan kambing. Sebab kalau makanan Arab, diorang memang power kalau masak kambing. Jadi kitorg decide nak ambil sorang satu dish yang berlainan nanti bleyh kongsi rasa.


AZ order Chicken Mandy. Korang jangan nak tanya plak ayam ni mandi ngan ape lak. Hehehe. Portion makanan sangat lah besar. Berbaloi dengan harga. Paling kecik dalam menu, semua half-chicken okay. Quarter tak de. Kalau rasa small-eater saya sarankan kongsi. Bagi saya & AZ taste biasa-biasa aja ayam nya.


Ni plak yang saya order. Masa memula nak makan Lamb Madghut. Tapi lamb madghut sold out. Bayang kan laku tak laku lah. Saya pilih Lamb Alhaniz ni sebab saya memang nak cari lamb yang cara masakan nya di kukus cmni. Sebab rasa kambing tu akan lagi marvelous! 

AZ jenis tak suka makan kambing, selain kambing bakar. Masa memula saya offer Lamb Alhaniz ni dia tak nak. Tapi saya suruh rasa juga. Sebab kan jarang makan. Kitorang makan gilir-gilir. Sebab masa tu dah waktu tidur Rania so, kena dodoi dia. I let my husband eat first, masa dia rasa Lamb Alhaniz tu kemain beriye lagi bagitahu saya..."sedapnya kambing tu by...". Hahaha... Saya usik la dia, tadi kata tak makan selain kambing bakar? Hahaha. Siap dah plan kalau datang lagi restoran ni konon nak repeat la tu, siap cakap nak order Lamb Alhaniz. 


Saya ni penggemar cerita masakan. Kalau tengok Masterchef @ My Kitchen Rules kat TV tu selalu la nampak menu Shawarma ni. Apa lagi, harus lah order. Sebab selalu nampak dalam TV je. Birthday kali ni, I don't need cake because I got my Sharwama Sandwich. Sedap sangat. Penuh kot ayam dalam tu. Besar sandwich ni. Berbaloi baloi.

Ada lagi few foods tak sempat nak snap gambar dah. 


Konon takut makan nasi tu nanti kering, g la order kuah tu. Kuah tu plak memang akan datang sekali dengan roti tu. Nama kuah & flat-bread ; Fahsa bernilai RM15. Tak habis pun makan sebab dah full , sudahnya take-away je lah. Nasi tu sebenarnya memang sedap dah makan ngan lamb tu sahaja. Lagipun diorang serve nasi tu sekali dengan sambal tomato style Arab dengan soup Arab-style juga.

Untuk drink pula, AZ nak rasa teh Arab. Tanya mana yang jadi pilihan waiter yang serve kami tu. Dia suggest Hot Tea with Mint. Untuk minuman panas mcm tea ni memang diorang akan serve dalam teapot. Pastu diorang akan kasi gula dan dua cawan kosong yang comel dan kita bancuh ikut kemanisan mana yang kita nak. Seriously, hot tea with mint memang sedap sangat. Sampai saya yang order Mango Lassi pun terus tak minum dah Mango Lassi tu. Cadangan saya, kalau datang sini order je teh diorang lepastu kalau nak sejuk, order glass of ice je. 

Overall, birthday girl satisfied okay dengan dinner treat ni. 


Apple of my eyes.

Thanks husband! I love you AZ & Azzahra, X. O. X. O.