Thursday 23 June 2016

Tommee Tippee VS NUK ( SOOTHER a.k.a puting )

Assalamualaikum...

Masa tengah pregnant dulu beriya cakap kat diri sendiri, nanti baby dah keluar tak nak bagi puting la, tak nak bagi buai la, dan bermacam-macam tak nak lagi la. Hewhewhew... Sekali hamek kau, dah lahir baru tahu huru-hara sekejap rasa dunia yang ku rasakan indah belaka suatu ketika dahulu. Betul la orang kata, bila kita dah mengalami dan melalui pengalaman yang sama baru tahu kenapa orang bagi puting, kenapa orang tidurkan anak dalam buai dan sebagainya. Jadi, mulut kena jaga...sebab we never know the truth behind their shoes unless we walk in it. 

Mitos atau benar?

Rata-rata semua tahu orang akan cakap "eh, jangan bagi puting la nanti jongang". Penggunaan puting atau turut dikenali sebagai soother ataupun pacifier merupakan alat untuk membantu bayi lebih tenang kerana bayi sejak dalam perut lagi lebih suka menghisap jari sendiri. Perbuatan menghisap ni dipercayai mampu membuat bayi lebih tenang. Sebab tu ramai yg pilih soother atau pacifier untuk tujuan ni, dan tentunya pilihan saya yang Orthodontic ataupun bahasa Melayu nya anti-jongang. Tak ganggu pertumbuhan gigi dan gusi.

Masa memula tak percaya dan berkeras tak nak bg soother. Tapi banyak kali tengok Rania macam nak nangis tapi bila dia hisap jari atau tangan dia automatik dia senyap walaupun air liur banyak keluar membasahi pipi dan tangan dia. Mama pun mengalah demi anak. 


Kemain lagi jari tu. Rock yeah yeah 🤘

Masa Rania sebulan umur dia, tak belikan lagi pun soother ni. Mula beli sebab masa tu Rania suka hisap botol susu dia sampai dia tertidur. Masalah utama masa tu, dia dah kenyang dah. Means susu dalam botol dah habis, mata dah terpejam tapi bila tarik puting botol dia menangis. Jadi sebagai ibu, tak kan lah nak kasi anak ni hisap je puting botol kosong camtu kan. Confirm kembung baby! Bila buat susu lagi jadi membazir sbb dia tak minum pun. Bahaya2! Kang mama juga yang nak menghadap dia merengek bila kembung kalau hisap botol kosong. Terus minta AZ belikan soother untuk layankan dia time nak tidur sahaja. 

First soother yang saya introduce kat Rania masa umur almost 2 month adalah brand Tommee Tippee. Masa tu beli berdasarkan botol yang dia minum untuk menyusu adalah dari brand yang sama. Mama ni takut sangat baby confius puting sebab tu beli dari brand yang sama. 


Masa ni beli je. Cenggini la bentuk soother TT dari pandangan depan dan pandangan sisi. Da rupe amik gambar mcm nak masuk penjara dah. Ape orang kata, mugshot ke ape eh. Hewhewhew...


Masuk lah dikau ke dalam penjara hatiku.



Rupa Rania tengah hisap Tommee Tippee punya soother.


Tak nak hisap. Pegang ngan tangan sendiri.

_________________


Second soother saya introduce kat dia brand NUK. 


Ini bentuk NUK Soother.

Reason tukar soother sebab masa bawak Rania pergi injection Pneumococcal Vaccine kat Klinik Pakar Kanak-Kanak kebetulan soother Tommee Tippee Rania landing atas meja doktor masa Rania tengah check-up. Saya tanya doktor "is it okay this kind of soother?" Doktor kata, terus geleng. Dia seeloknya beli yang tidak menganggu struktur mulut dia. "Tapi doktor, di packaging masa saya beli soother ni dia stated ini adalah Orthodontic?" Doktor jawab, biasa lah any brand pun boleyh tulis ini orthodontic. One more thing advised from doctor, JANGAN BIASAKAN BAYI DENGAN PUTING, jangan jadikan ia seperti candu. Masa dengar rasa lega, sebab Rania nak soother ni masa dia nak tidur sahaja. Bila dah lena, dia sendiri juih sendiri. Dia tak suka menghisap kalau bukan waktu dia tidur.


Muka mengantuk nak tidur, tapi kena pose dulu sebab mama nak ambil gambar baru boleyh dodoi dia. Hahaha.


Packaging comes with two soother in one packet.


International Dental Health Foundation APPROVED ! Wauuuu...


Main reason I am choosing this : Sebab ayat dia belakang ni... Soother in orthodontic shape Training for lips, tongue and jaws. Powerful betul marketing dia. 

Positive feedback from Rania sebab masa memula bagi NUK soother dia selesa. Maybe sebab bentuk puting yang agak berbeza from others soother.


Sebagai ibu, saya rasa saya nampak ciri-ciri perbezaan yang saya suka. Nak tanya baby Rania apa perbezaan dia tak pandai cakap. Jadi guna my point of view dulu lah. 

Kalau tengok gambar kat atas, soother Tommee Tippee agak besar cutting sekeliling tu. Bahagian atas terlalu dekat dengan hidung. Masa Rania guna masa tu kecil lagi so, soother tu agak menekan hidung dia ketika dia menghisap. Manakala, bagi NUK cutting nya agak lapang di bahagian hidung. Yang ni mama paling suka sebab nampak hidung Rania, which means I know she can breath easily and comfortable. 

Another differences yang ketara selain dari yang atas tu, Rania saya tidurkan secara meniarap advised from doctor, so apabila dia tengah baru nak lena tu kalau soother Tommee Tippee ia tak boleyh melekap sepenuh di bibir Rania. Sebab design nya. Kadang-kadang bila tengok Rania baru nak lena tu, saya akan tolong pegangkan supaya soother tu melekap dengan elok. Sebab bila tak melekap dengan elok, keadaan puting dalam mulut dia tidak akan berada dalam kedudukan yang betul. 

Tapi, NUK punya melekap elok! Tak terjungkit atau terkeluar. Mama love this!

Jadi, conclusion nya, saya prefer NUK soother for my daughter. 


Muke suke benor ni nape ni? Model soother NUK. Hahaha

P/S : Ni review ikhlas dari seorang ibu. Tak de sponsor dari NUK mahupun Tommee Tippee ye. Hehehe. Sebab nak senangkan orang kot2 sebelum beli nak tanya pakcik Google ke. 


Teringat movie The Pacifier lakonan Van Diesel bila tulis entry ni 

I always love you AZ & Azzahra, X. O. X . O.