Wednesday 2 March 2016

Rezeki Anak Ketika Masih Dalam Kandungan.

Assalamualaikum semua...

Secara kebetulan, saya memang ada follow page group dalam FB yang memang mostly akan discuss tentang masalah2 sepanjang kehamilan. Dan sata akui, memang banyak info dan maklumat yang saya dapat sepanjang saya mengikuti page tersebut. Maklumlah first pregnancy mesti la banyak yang masih tidak tahu. 

Antara isu yang sering mereka bincang kan adalah isu di mana, anak masih kecil kemudian disahkan mengandung lagi. Pada mulanya, saya cuma menjadi seorang silent reader sahaja. Ramai di antara ibu muda ni masih trauma untuk mengandung lagi, memandangkan bayi masih kecil. Rata-rata pengadu mempunyai bayi sekecil dan seawal usia 5bulan dan disahkan mengandung semula. 

Pada pengamatan saya, mereka semua takut akan beban ekonomi sekarang. Risau tidak mampu untuk menyediakan keperluan anak dengan secukup nya, memandangkan anak pertama masih kecil. Tetapi, rezeki anak dari Allah siap lah mampu untuk menidakkan. Kadang-kadang orang yang nak sangat anak, masih tidak mengandung lagi...manakala yang mengandung lagi, berasa susah hati plak dengan ketentuan tu semua.

Saya mungkin bukan orang yang sepatutnya mengulas tentang isu ini. Tetapi, memandangkan saya sendiri bergelar suri rumah sejak saya berkahwin dan kemudian disahkan mengandung anak pertama, jadi saya faham perasaan akan takut tidak mampu menyediakan keperluan anak yang bakal dilahirkan. 


Ini adalah status FB saya yang saya kongsikan dengan rakan2 media sosial saya tentang isu ni. Apabila saya menulis tentang isu ni, saya melihat kembali sepanjang saya mengandung selama sudah 36 minggu (genap pada hari ini - 2 Mac 2016) bersamaan 9bulan, banyak sangat yang Allah dah permudahkan bagi saya dan suami. 

Perbelanjaan kami suami isteri tidaklah mewah, memandangkan saya bergantung kepada suami sebagai sumber rezeki... Selepas berkahwin, kami menetap di rumah mak mentua saya. Perancangan untuk duduk dirumah sewa sendiri sudah ada ketika itu, tetapi memandangkan saya baru disahkan mengandung...saya kata kan kepada suami, duit untuk membayar bakal sewa rumah tu guna dahulu untuk sediakan keperluan anak yang bakal lahir ni. Walaupun di dalam hati saya, betapa saya mahukan untuk merasa hidup seperti pasangan suami isteri yang lain yang baru berkahwin dan bebas berada dalam rumah sendiri. Saya korbankan perasaan saya, saya berlapang dada walaupun ada ketika nya saya mengalami mood swing sepanjang mengandung ni saya akan cakap pada suami saya mahu kan kediaman sendiri. Alhamdulillah suami saya sangat sabar melayan karenah saya. Akhir 2015 ada seorang individu mengaku diri beliau tuan rumah, dan bersetuju nak sewa kan rumah kepada saya, tup tup pada Februari 2016 missing in action. Tapi Allah ganti kan dengan rumah sewa yang lebih baik. Seorang insan yang saya tak pernah kenal dia, tapi dia tolong saya untuk sewa rumah dari makcik dia di satu kawasan di KL, kondisi rumah teres dua tingkat yang sudah renovate dengan harga yang saya rasakan saya tak mungkin dapat harga tu jika menyewa di KL lebih2 lagi rumah teres. Allahuakhbar... 


Gambar di Menara Condong Teluk Intan Perak, ketika AZ ada duit lebih sedikit, kami pergi berbaby-moon celebrate first anniversary yang sepatutnya jatuh pada 18/4/16 tapi masa tu maybe saya dah sibuk berpantang menjaga baby kesayangan saya. Hehehe... Terima kasih abang! Bercuti di Lost World Of Tambun Perak, bawak AZ menikmati hot spring dia. Best! Recommended kalau nak g release tension.


Di dalam themepark.


Hot Spring! 43celcius! Relax je AZ. Saya duk tepi je. Hehehe.

Saya sentiasa ingat kan suami saya, anak dalam perut saya ni akan bawa rezeki kepada kami. InsyaAllah. Jadi anak yang baik, yang soleh solehah...yang jadi penyejuk mata kami ye sayang. 

Tips saya : Doa kita sebagai seorang iseri sangat mujarab untuk suami kita mencari rezeki. Dan kita sentiasa doakan yang baik2 buat anak dalam kandungan kita.

Sekadar perkongsian ilmu. Setiap kali lepas solat, atau bila2 kita rindu atau sje2 nak doakan pasangan kita... Niatkan lah didalam hati "Ya Allah, sahaja aku sedekahkan al-Fatihah sebanyak 7x kepada xxxxx (nama) DAN JUGA kepada diriku sendiri, (sebut nama) supaya kami beroleh ketenangan di dunia serta di akhirat Mu, ya Allah". Lepas aminkan doa, duduk sekejap baca la al-Fatihah 7x. Ni ada ustazah yang ajarkan. Amalkan. Surah al-Fatihah ni banyak kelebihan dia, salah satunya supaya diberi ketenangan dan penerang hati. Selalu berdoa. Allah akan kabulkan doa kita bukan serta merta, tapi bila Dia tahu kita sudah bersedia.

P/S : Untuk jiwa diri sendiri pun penting. Sebab kita selalu di ajar untuk mendoakan orang lain, sebenarnya jiwa kita dengan roh kita pun kita perlu doakan. Kita sedekah kan kepada diri kita sendiri. 

I love you AZ, X. O. X. O