Friday 30 September 2016

Mama Rania's New Gadget

Assalamualaikum...

14 September 2016, Rania da masuk 6bulan. Yahooo yabeda beduu. Hehehe. Mama over excited taw, sebab akhirnya baby mama boleyh makan dah. Kesian selama ni bila makan, meleleh leleh air liur anak dara sorang ni. Hahaha.


Kesian taw. Dah buat muka comel pun tak dapat sesuap dua. Not until you 6months baby!

Nak masuk 6bulan, mama paling excited. Siap join group Whasapp babyfood nak belajar. Alhamdulillah, banyak ilmu mama dapat dalam group tu. Admin dia pun kebetulan seorang pakar pemakanan. Jadi banyak advise la ahli-ahli. Mama beli Little Bean Food Processor 2 in 1 (steamer & blender) nak buat Rania punya makanan. Sebab baby 6 months perut baru nak belajar terima makanan. And selagi baby tak pandai mengunyah kita kena steam supaya lembut dan blend sampai betul-betul hancur. 

Ini adalah cara-cara saya sediakan puri pertama iaitu puree epal untuk Rania menggunakan gadjet terbaru mama. 


Potong buah yang dibuat puri kecil2.


Little Bean Food Processor.


Masukkan air kedalam bekas steamer. Saya masukkan ngam-ngam paras yang ade shape star & moon tu.


Letakkan buah ke dalam bekas plastik yang disediakan.


Lampu hijau bermakna steamer on process. Takes times around 10minutes.


Dah siap!


Transfer kan ke tempat untuk blend. Untuk buah-buahan yang kurang berair seperti epal ni, saya tambahkan sedikit air masak supaya betul-betul halus.


Untuk food processor tidak digalakkan blend continuously tanpa henti. Boleyh rosak. Jd tekan la sekejap sekejap not more than 50seconds pastu pause sebelum sambung balik. Blend ikut korang punya kehendak nak hancur camane.


Nampak pekat kan. Ni betul-betul halus ni puree epal ni. Baby mudah tercekik taw, lagi-lagi yang baru belajar makan.


Satu jenis puree kita kena kenalkan kepada bayi kita selama 4 hari berturut-turut, untuk kenal pasti anak kita ada alahan atau tak terhadap makanan tersebut. Setiap 4 hari tukar puri lain untuk bayi explore. Jadi saya biasa sediakan makanan Rania, terus untuk 4 hari. Guna bekas simpanan 2oz begini senang. Memang sekali makan untuk bayi, disarankan sebanyak 2oz sebab perut nya kecil lagi. Untuk makluman mommies, puree buah camni kalau di bahagian chiller tahan selama 48jam. Jika di bahagian freezer tahan selama sebulan. Tapi tak disarankan lah simpan lama-lama. Sian anak 😅 Buat untuk 4 hari camni dah okay 👍


First day makan. Beriye mama sediakan 3 mangkuk. Satu puree apple, satu mangkuk air masak, satu lagi mangkuk kosong konon nak bagi dia main. Sudahnya, mangkuk puree je guna. Baby Rania tak nak minum air masak guna sudu ataupun botol, dia nak guna cawan macam mama dia. Baru dia nak.


Muka seorang bayi pelik apabila disuapkan makanan pada kali pertama 😂

Ni antara contoh puree Rania untuk next fews days.


Kalau bakal mommies yang bakal mempunyai bayi 6bulan yang buntu nak bagi baby makan apa, boleyh la follow Instagram saya. Sekarang baby Rania saya baru 6m16d. Tapi insyaAllah saya akan terus update apa yang saya serve kat baby saya dan kebaikkan some of fruits to baby. Maklumla kita ni kadang2 buntu juga kan nak bagi baby kita makan apa kan. 



Setakat ni, Rania memang suka makan pear Korea. Licin mangkuk makan pear tu. Hihihi.


Nganga manjang suap pear Korea.

News update! Baby Rania tumbuh gigi. 2 batang kat gusi bawah. Hihihi. 


Comel je. Baru naik sikit. Tapi sakit juga la kalau kena gigit!

I always love you AZ & RA, X. O. X. O. 

No comments:

Post a Comment