Saturday 18 February 2017

Potato Cheesy Meatball

Hai assalamualaikum. 

Harini saya nak share recipe buat Potato Cheesy Meatball. Ye la, haritu makan cheesy meatball kat KFC dapat makan 5 ketul je, tapi tak padan dengan harga. Redha je la sebab teringin kan. 

Buat Potato Cheesy Meatball ni senang and bahan pun simple je. Cuma memerlukan tahap kesabaran yang tinggi nak buat seketul-ketul. Hihihi. Pastu buat banyak kemain lama lagi, tapi cepat plak habis. Biasalah tu kan.

Step-by-step membuat Potato Cheesy Meatball. 

1) Daging cincang / Ayam cincang. Lagi sedap kalau beli daging cincang sendiri. Saya guna yang segera je. 


Cuci dan toskan sekeringnya. 

2) Kentang. Ikut suka nak goreng / rebus / steam kemudian lenyek. Saya steam sebab nak kurang kan air dalam kentang tu. Ni pun pinjam steamer buat babyfood Rania. Hehehe.


Dah lembut, lenyekkan kentang sehingga hancur.

3) Gaul sebati daging dan kentang. 


4) Masukkan bawang putih , bawang merah , daun bawang ( ketiga bahan cincang halus ). Masukkan juga garam dan gula, sos tiram dan lada sulah (optional, kalau ada lagi sedap). 

***saya tak de sukatan sebenar, sebab semuanya saya agak je. Ikut banyak mana daging kisar. Dalam resipi ni saya pakai satu paket daging kisar, 2 biji bawang merah, 4 biji bawang putih, setangkai daun bawang***


5) Masukkan tepung gandum (saya guna unbleached flour - Tepung Faiza) sedikit demi sedikit tengok sampai adunan boleh dibentuk. 


6) Potong cheese. Seeloknya guna cheese block - senang nak sumbat dalam bebola. Saya pakai mozarella cheese, konon nak chewy makan boleyh tarik-tarik macam makan pizza. Hahaha. Tapi pakai cheddar cheese lagi sedap saya rasa. 


7) Potong cheese ikut saiz bebola yang diingini. Kalau nak buat bebolah besar2, potong la besar2 dan begitu juga sebaliknya. 


8) Sediakan telur yang dah dikacau dan juga serbuk roti (saya beli je kat kedai) untuk salutan. 


9) Dah bulatkan bebola, cheese dah sumbat. Mandikan dia dalam telur. 


10) Dah mandikan bebola, salutkan pula dengan serbuk roti.


11) Dah siap, boleyh frozen kan. Kalau ade anak kecil, boleyh olah resipi ni. Garam gula dan bahan perasa jangan letak. Just letak serbuk ikan bilis, dada ayam kisar, lobak, kentang. Mesti suka anak anak. Baby saya kecil lg. Kiranya ni amek mood belajar buat. 


Dapat la dua bekas besar. Buat kudap-kudapan minum makan petang sedap ni!

12) Ni hasilnya selepas goreng. 


Tak cukup tiga ketul. Tu tester je nak tengok cheese melting ke tak. Hehehehe. 

Selamat mencuba. 



I always love you AZ & RA. 
















No comments:

Post a Comment