Wednesday 14 September 2016

Potong kuku Baby Rania

Assalamualaikum...

Alhamdulillah harini genap baby Rania saya berumur 6bulan. Harini ta mao bebel pasal bende lain. InsyaAllah dalam next entry boleyh bebel lagi pasal Rania turn 6months ni.

Photoshoot by mama today!




Harini fokus nak cerita cmana nak potong kuku baby ni. Biase nye mesti nervous kan. Selalu baca ade yang berdarah-darah la time potong. Biase la tu. Sebab kita as a parents ni tak biase, lagi-lagi kalau first baby. Saya dulu pun masa first time (masa tu dalam pantang lagi) potong kuku Rania ni, berdarah sikit 😰 Rasa nak nangis masa tu. Husband cakap tak ape. Kita pun first time. Dia terus menyerahkan tugas potong kuku Rania Azzahra ni kat saya, sebab dia takut. Hahaha.

Before bersalin, ni antara tips yang saya dapat dari Facebook. Tak ingat sumber dari mana. 







Hehehe. Masa pertama kali tu, ada ikut juga tips ni. Kecuali yang basahkan guna air tu. Kuku baby Rania saya masa tu, sangat lah lembut dan nipis ibarat sehelai kertas. Seriously, masa potong pun tak rasa apa-apa. Itu yang boleh terluka tu. 

Tips yang potong ketika bayi tidur tu, hanya praktikal masa beberapa bulan awal je. Mana tak nya, baby Rania say ni penggeli. Pegang je kaki dia nak potong kalau tengah tidur tu memang boleh terjaga. Saya rasa selepas dua bulan umur Rania, saya dah mula ajar dia bahawa mama dia ni akan potong kuku dia ketika dia berjaga. 

Ini antara cara yang saya amalkan sejak Rania berusia 2 bulan. 

1) Pastikan bayi anda dalam keadaan selesa. Baru bangun tidur (siang) dan sudah kenyang. Mood tengah baik.


Nampak tu botol susu hampir kosong tu. Dah kenyang la ni. 


Mood gembira ✅ 

2) Sekiranya start seawal dua bulan time ni bayi masih tidak kuat untuk menggerakkan tangan dia secara bebas. Jadi, saya akan pegang tangan dia secara tegas tetapi lembut (bayang kan sendiri eh 😅). Jadi, bila dah masuk umur 5-6bulan dia dah biasa, ketika potong kuku dia tak akan tarik tangan dia dah. Behave. Sama fokus dengan mama nya tengok nail cutter.

3) Guna nail cutter khas untuk bayi. Lebih besar supaya kita dapat pegang dengan selamat.


Yang putih-hijau brand Summer ni je Rania punya. Yang kecil tu mama punya. Biasanya, lepas potong kuku baby Rania, saya terus potong kuku saya sekali. Jimat masa, dan confirm tak akan lupa! Saya suka guna yang besar dengan bahagian yang bulat bawah tu. Sebab bahagian bulat tu tempat kita letak jari kita ketika memotong kuku bayi.

4) Start dari mana-mana yang mommies suka. Tapi saya suka mula dari tangan tangan ➡️ tangan kiri ➡️ kaki kanan ➡️ kaki kiri.


Tangan kiri Rania sebelum dipotong kuku. Ni kalau kena cakar ni...phewww. Cepat panjang. Padahal setiap minggu potong. 


Tangan kanan Rania after trimming her nails.


Biasanya kuku jari kaki lambat sikit panjang. Tapi kalau ikut Quality Control  saya, cenggini pun kira panjang 😂 Kaki kanan Rania.


Kemas! Mama was satisfied.

5) selesai!


Ikutkan kuku atau lebihan dari tubuh badan kita, seperti rambut juga seeloknya ditanam atau dibuang atas tanah. Ini pun sebab nenek dengan ibu saya yang pesan. Tak pasti kenapa. Tapi sebab di rumah saya ni susah nak jumla tanah. Buang dalam tong sampah je.


P/S : Memang sunat potong kuku hari Jumaat. Tapi agak-agak la ikut bayi kita. Kalau tengok hari Rabu dah panjang potong je la. Takut mudarat kat anak. Takut tercakar muka, tercucuk mata ke... 
Astagfirullah mintak dijauhkan dari anak-anak kita. 

I love you AZ & Azzahra, X. O. X. O.















No comments:

Post a Comment