Thursday 1 September 2016

Resipi Ketam Butter Telur Masin "Simple & Nice"

Assalamualaikum semua 🙂

Tirai pembuka untuk September 2016 kali ni, saya nak share resipi Ketam masak Butter & Telur Masin. Baru je first time masak semalam kebetulan MIL bagi ketam dua ekor yang gemuks gemuks dan dua2 ekor ade telur pula tu. Wahhh murah rezeki kami, alhamdulillah. 

Dan berdasarkan komen positif dan reaksi peneman makan malam semalam hinggakan sampai gaul nasi dalam mangkuk hidang Ketam Butter Telur Masin tu maksudnye sedap la tu. Hewhewhew... (Nak puji lelebih takut masuk bakul angkat sendiri pula nanti, lagipun berat tak dapat nak angkat diri sendiri pun. Opssss...hahaha).

Jom tengok resipi kat bawah ye. Kalau ikut nama resipi, jadi bahan penting of course la ketam, butter dan juga telur masin. Tapi saya akan sertakan gambar supaya senang readers dapat gambaran 🙂

1) Ketam siap siang. 

Ikut lah nak potong berapa. Macam saya potong dua je. (kalau tak de ketam, udang pun sedap juga masak begini)


Geramnye tengok telur ketam tu semalam. Sedap. Manis.

2) Ketam yang telah siap dicuci tu, perlu digoreng celup tepung dahulu. 

Bahan yang diperlukan hanyalah telur sebiji (ikut jumlah dan saiz ketam) dan tepung jagung.


Telur ni pukul bersama sedikt garam dan gula supaya ade rasa nanti salut kat ketam.


Tepung jagung. Selepas golekkan ketam dalam telur, mandikan ketam menggunakan tepung jagung ni. 

3) Goreng ketam dalam minyak penuh. 

Cara saya, saya goreng ketam dalam periuk besar supaya minyak tu jadi penuh dan meliputi seluruh ketam. Nanti ketam masak sekata dan tepung tu melekat dengan elok. 


Yang sudah siap digoreng. Sangat rangup dan berperisa.

4) Sediakan bahan-bahan untuk menumis gravy.


Telur masin. 

Rebus dan hancurkan telur yang sudah siap direbus menggunakan garfu. Ada sesetengah orang hanya menggunakan telur masin yang berwarna kuning sahaja. Cara saya, saya hancurkan kuning dan putih tetapi asingkan. Ketika memasak, masukkan telur kuning yang sudah dihancurkan dahulu kemudian masukkan telur putih yang sudah dihancurkan mengikut kesesuaian rasa lidah. 


Butter (saya gunakan jenama Buttercup). Gunakan dalam suku bahagian sahaja. 

Bawang putih (4-5ulas, Tetapi saya suka makan bawang putih sebab rasanya dan khasiatnya. Jadi saya lebihkan).

Cili padi (5-6ulas, sekiranya suka pedas lebihkan bilangan). Cincang.

Daun kari (3-4helai, lebih banyak lebih wangi. Bila dah tumis dalam butter nanti sedap. Tahu2 gaul makan sekali dengan nasi je). Hehehe

Susu Cair (saya gunakan jenama Ideal. Hanya gunakan sebanyak setengah tin. Ikut banyak mana kuah @ gravy yang kita mahukan).

5) Panaskan kuali, masukkan butter tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili padi bersama daun kari.


Wangi membuatkan perut semakin berkeroncong.

6) Masukkan susu cair. Jumlah susu cair adalah mengikut banyak mana kuah yang anda mahukan.


Biarkan menggelegak sebentar dalam 30saat, supaya rasa sebati. 

7) Masukkan telur masin yang sudah dihancurkan. 


Saya masukkan kesemua bahagian kedua-dua biji telur masin saya yang sudah direbus itu. Serasikan kan rasa dengan sedikit gula. 

8) Agak-agak kuah dah sedikit pekat dan rasa pun dah sedap...masukkan ketam yang sudah digoreng celup tepung tadi.


Manusia mandi bunga, ketam mandi butter. Hehehe

9) Gaulkan perlahan-lahan sehingga kuah meliputi seluruh ketam.



Rasa lapar balik tengok ketam ni. 

10) Siap! Boleh hidang dengan nasi panas. Confirm tak pandang lauk lain dah. 


Color pun menarik. Golden golden gitu. Nampaknya resipi ni memang boleh repeat lagi nanti.

P/S : Saya bukan lah penggemar ketam. Sebab bagi saya sangat lah leceh untuk saya gigit kulit ketam tu. Biasanya saya akan ambil bahagian tengah je sebab situ banyak isi. Hehehe. Tapi lepas masak butter telur masin camni, rasa gigih pula saya nak makan ketam, hahaha. 


Saje nak menyelit juga gambar bam-bam. 5bulan13hari , 27 Ogos 2016.

Bye. I love you AZ & RA, X. O. X. O.















No comments:

Post a Comment