Wednesday 19 August 2015

Tanda Positif Nak Dapat Baby

Assalamualaikum...

Dad's Little Love. Baju baby ni hadiah drpd kawan husbaby masa kenduri sebelah suami kat Sungai Buloh ni. segan jugak masa bukak hadiah tengok baju ni. Heeee.

Terasa kepentingan untuk aku menulis entry tajuk ni. Sebab nya, before aku disahkan mengandung period aku tetibe tak datang. Padahal sebelum kahwin kemaen normalnya. Haish, main cak-cak ye kau. Kalau ikutkan normal cycle aku ialah 28 hari. So, hari pertama aku last sekali datang period adalah on 12 May 2015. Tapi nya, sampai awal Ogos 2015, everytime check urine keputusan tetap negatif which was doktor pun asyik kata aku tak pregnant.

Tapi, betul lah orang kata. Naluri seseorang ibu lain. Aku dah rasa kelainan kat body aku sendiri sejak aku tak datang period. Aku siap cakap kat husbaby aku, kot la aku ni kena buatan orang sampai kena "busung" ke apa. Hahaha. Kelakar betul bila ingat balik. Ye la, perut aku sentiasa rasa kembung taw. Rasa tak selesa. Bila pakai baju kurung semua kain ketat sangat!

Antara tanda yang aku alami antara nya dan semua tanda ni aku alami SEBELUM aku disahkan aku mengandung (so, kalau ada diantara reader ada tanda2 ni, boleyh la pergi check atau tunggu macam saya) ;

1) Period Miss!
Ni memang tanda awal lah. Kalau miss period boleh lah korang check. Tapinya, aku ada baca dalam satu blog doktor ni, seeloknya, tunggu after 2 weeks dari tarikh yang sepatutnya kita datang period supaya result lebih jelas. And, UPT ni seeloknya buat dengan air kencing yang pertama sekali di waktu pagi lepa bangun tidur tu. 

2) Perut kembung & Tak selesa. 
Ni pun aku alaminya. Sampai aku sendiri makan ubat arang untuk keluarkan angin apa tu semua (sebab masa ni doktor pun cakap aku tak mengandung). Tapi. Walaupun sepapan aku makan ubat charcoal tu, perut aku still kembung. Nak tarik tahan nafas, konon-konon nak bg effect perut kempis pun tak dapat. Pastu kerap kentut. Hehehe.

3) Rasa Mual 
Macam aku, start rasa pelik aku tetibe mual naik kereta. Sampaikan bila dalam kereta aku asyik nak baring je. Tak tahan weyh asyik nak termuntah. Sampaikan  ada satu hari tu, aku dalam kereta berfikir sorang2 "kesian suami aku. Mesti bosan bawa aku keluar jalan naek kereta...padahal masa bercinta aku kemaen seronok kalau jalan naek kereta. Aku dah jadi orang tua ke..." Sob sob sob...sedeyh time ni. 

Lagi aku mual tengok and bau sesetengah foods. Contohnya, aku nak muntah tengok masakan bersantan, ikan, dan jugak bau suami aku sendiri. Nak tidur memalam pun loya. Padahal time ni tak tahu pun mengandung.

4) Emosi Tidak Terkawal
Emos je lebih. Suami aku tak bercakap ngan aku pun, nangis. Hahaha. Cepat merajuk, cepat marah, cepat sedeyh. Bende kecik pun nak terasa gila-gila. Kadang-kadang bila dah merajuk tu rasa mcm lahhhh bende tu pun aku nak terasa ke... Nak buat cmane. Hormon tak stabil kan.

5) Perubahan Pada Payudara
Mcm ada kat certain-certain blog. Diorg kata di sekitar puting tu akan bertukar menjadi gelap. Macam aku, tak de plak aku perasan gelap ke tak. Tapi sakit betul breast. Macam bengkak. Pastu puting plak sensitif. Kalau bergesel ngan baju ke  atau bra ke, huiyaiiii. Tahan je lah. Time nk tidur plak, nak berkalih badan tu memang terasa sakit masa nk berkalih tu. Orang kata, breast mula sakit sebab payudara tengah menyediakan diri mummy to be untuk breastfeed baby yang bakal lahir nanti.

6) Jerawat!
Hahaha...time belum tahu mengandung pun ta pernah plak aku tengok dagu aku kemain subur lagi jerawat tu tumbuh. Padahal sejak aku pakai skincare yg aku pakai skang, mmg jarang jerawat naek. Naek pun seketul dua je. Tp kali ni mmg laen. Banyak penuh dagu. 

7) Sakit Pinggang 
Pinggang aku yang tak berapa nak ramping ni, memang la asyik lenguh je. Sampaikan aku selalu mintak suami urutkan pinggang. Lenguh tak terkata. 

8) Last sekali, aku perasan aku kerap buang air kecil.
Kalau dulu tidur nyenyak sampai ke Subuh. Tapi time ni, dua tiga kali gak asyik nak terbangun nak terkucil. Aku baca blog pasal ibu mengandung ni, diorang banyak kata sebab rahim kita yang mula membesar tu asyik tekan pundi kencing kita. Tu asyik nak terkucil je.

Apa-apa pun, pengalaman ni amatlah aku hargai. InsyaAllah akan aku updte lagi tentang pengalaman aku firsttime buat buku monthly checkup baby. So, sesiapa yang tak de pengalaman, akh harap ada lah input-input blog aku yang berguna untuk kalian.  Doakan yang baik-baik untuk aku dan baby. Terima kasih readers. 


Baby Bump + Perut yang dah sedia Tembam. Hahaha. I love you.

X. O. X. O.

1 comment: