Monday 17 August 2015

Baby!

Assalamualaikum...al-kisah penantian yang penuh debaran ni sangatlah drama taw. Hai husbaby, kita nak kahwin dulu pun macam2 drama, skang pas kahwin pun drama still continue hehehe. 

My last period would be on early of May 2015, a month after my solemnization. Of course bila ta period kita orang perempuan mulalah risau. Mana tak nya, sebelum kahwin normal je. 

First Urine Pregnancy Test (UPT) aku beli kat Guardian je. Tu pun beli yang murah je. Ada aku tengok sampai ratus2. Check punya check, the result come out NEGATIVE.


Tarikh : 27 Jun 2015. Kuciwa hatiku bila tengok negatif. Tunggu 4-5 jam beharap tetibe positif. Padahal memang tak la. Sebab result kena baca after 30seconds to one minute kalau tak salah. 

Masa ni countless time memang banyak kali pergi jumpe doktor. Sebab perut cramp, lepastu membesar. Rasa tak selesa kat perut dan macam2 lagi. Tapi doktor semua bagi ubat kembung lah, sampaikan malas nak pergi jumpa doktor. Sebab siap ada doktor tu offer rawatan slimming session dengan dia. Malas. Tahu lah aku ni kurus ibarat DIVA. Hahaha. 

Sampaila one day, aku risau sesangat sebab aku dah 65 days late for ny period. Almost 2 bulan lebih la aku kira, sebab aku ada download apps Period Calendar kat dalam handphone aku untuk track aku punya period. Aku plak asyik nak muntah je. Kalau dalam kereta tu asyik mual je. Lepastu aku lagi syak sesuatu, sebab ada one day tu tetiba aku nak muntah bau dan tengok masakan aku, ikan kembung masak lemak. Aku bertekad, suruh husbaby pergi beli lagi satu UPT

13 Ogos 2015, aku masa ni tengah merajuk (biasa la, emosi lebih. Kitorang kan pelakon drama swasta tak bergaji). Aku ingat lagi. Aku bangun pagi tu, selepas tidur yang lena kat hotel kat Melaka sensorang, aku terus check urine gune UPT tu.

Jeng....

Jeng....

Jeng....


Nampak tak kat T tu. haaaa, naik satu lagi line, kalau 2 lines means POSITIVE mengandung. Yahooo, terus tak tidur pagi dah aku. Dalam hati time tu de ragu-ragu jugak. Ye la, dari bulan Jun sampai la Ogos, berapa banyak doktor semua cakap aku negatif mengandung. Aku decide, apa-apa kena pergi jumpa doktor jugak untuk dapatkan confirmation. And for your information, UPT yang dalam gambar ni murah je . Tak sampai 15ringgit pun harganya. Memang aku suke beli yang murah je macamni, sebab sebelum ni asyik negatif, aku rasa macam membazir plak. 

Dalam pukul2 petang 13 Ogos 2015, aku terus pergi satu klinik ni. Aku jumpa doktor, dia tengok gambar UPT aku, and dia cakap "confirm pregnant, let's scan" . Memula dia takut juga nak scan, sebab dia takut kecik sangat nanti tak nampak. Tapi aku insist nak buat jugak. 


Nampak tak si comel cinonet tu. heee. 10mm. Kalau ikut estimation doctor yg scan aku ni, da almost 7weeks + da baby ni. Alhamdulillah. Maybe dulu dia malu-malu nak tunjuk diri dia lg. Kuat ni baby ni. Sepanjang aku tak tahu aku pregnant aku siap ada jatuh bilik air lagi. Tapi alhamdulillah. 

p/S : harini 17 Ogos 2015, lepas habis Maghrib kita buat buku bayi ye baby. Buat kat klinik panel husbaby. Hope baby membesar dengan sehat dan selamat. I love you baby and husbaby! 

X.O.X.O 







7 comments:

  1. assalam awak, saye nk tnye mse awak lewat dalm beberapa kerap tak awak cek upt? tapi negatif dlm sebuln tu?

    ReplyDelete
  2. assalam awak, nk tanye saye pon period dah delay 24hari mule cek samar lepas tu saye cek balik jd negatif sampai la harini, awak ade repeat upt ke dlm mase 3 bulan tu?

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..awak ada simptom ppe ke selain xperiod? Sy dh hari ke 10 xperiod..bila cek -ve...risau pulak sakit lain hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awk..jadi mcm mana skrg awk preggy ke? Sy pn dh 10 hari lewat period😣 tp check negative

      Delete
    2. Salam awk..jadi mcm mana skrg awk preggy ke? Sy pn dh 10 hari lewat period😣 tp check negative

      Delete
  4. Ada tak rs kembung perut, sakit pinggang, breast atau tanda lain sepjg sis x tahu sis pregnant?

    ReplyDelete
  5. Saya test pregnant smpai 4kali semua positif tapi bila p scan dr tu ckap tk nmpak apa apa pon saya risau betul ka saya ni hamil atau di sebaliknya

    ReplyDelete