Friday 27 November 2015

Ujian Air Gula Ketika Hamil

Hi assalamualaikum semua...

Harini 27/11/15, tepat kandungan berusia 22w2d saya kena buat ujian air gula. Well, macam-macam sebab yang akan terpaksa kita terima untuk kita perlu mengambil ujian air gula. Pertama, sekiranya berat badan ibu mengandung naik secara mendadak ketika kehamilan mahupun mempunyai sejarah ahli keluarga menghidapi penyakit kencing manis. Dalam situasi saya, saya perlu ambil ujian air gula kerana mempunyai sejarah ahli keluarga menghidapi penyakit kencing manis. Iaitu arwah nenek saya. Ya, walaupun boleyh dikatakan sepanjang saya mengandung ni, setiap bulan akan naik pertambahan berat badan sebanyak 2kg/setiap bulan...tapi sebab saya buat pemeriksaan di klinik swasta, jd doktor kata 2kg is still normal so saya pun buat biasa sahaja walaupun badan mengembang di sana di sini. Hehehe...

Cerita ujian air gula. Masuk klinik jam 9pg, doktor ambil darah, dan keputusan normal. Kandungan gula dalam darah yang normal bagi ibu mengandung yang berpuasa ketika darah diambil ialah di antara 4 hingga 6. Dan keputusan saya ialah, 4.6. Bersyukur sgt saya ketika ini. Kemudian, keluar dari bilik doktor, nurse hulurkan saya segelas cawan air gula. Memula tu saya ingat air gula ni adalah sesuatu yang akan buat saya mual walaupun dengan menghidu. Tetapi, jangkaan saya meleset sama sekali. Air gula yang saya minum, sangat lah sedap...berperisa anggur dan mempunyai rasa seperti Ribena yang dibancuh pekat. Husbaby pun cakap sedapnya bau. Hehehe...


Ini lah rupa air gula yang saya perlu minum siang tadi. Pekat kan. Tapi seriously sedap. 

After habis minum semua tu, tak sampai 10 minit pun saya minum...nurse klinik beritahu boleyh pergi mana-mana dulu, and datang balik after 2 jam. Masa tu jam baru 9.20pg, alamak, nak pergi mana ni... Pukul 11.20pg baru ambil darah semula. Mmg dia ada pesan la, jangan makan semua. Just boleyh minum air masak sahaja. Masa memula tu macam pening jugak, sebab baby lapar kot. Hehehe... Bincang punya bincang dengan husbaby kitorang decide nak pergi ke mall berdekatan. Dan mall paling dekat dengan kami ialah, Aeon Bukit Raja, Shah Alam. Tunggu la kami sampai mall bukak pukul 10pg, dan kami round Aeon tu window shopping sampai tak sedar jam dah pukul 11.15pg. Tengok barang baby semua lah. Biasa lah. Perempuan kalau dah dapat masuk mall, lapar pun jadi tak lapar. Hehehe... 

Sampai semula di klinik jam 11.25pg terus ambil darah buat kali kedua untuk mengesahkan kandungan gula dalam badan. Dan untuk pengetahuan mommies kandungan gula yang normal bg ibu mengandung yang ambil ujian air gula ni setelah minum air gula ialah diantara 5 hingga 8. Dan saya punya bacaan ialah 5.8. Alhamdulillah sekali lagi. Keluar je bilik doktor terus makan roti, dah beli siap-siap dari Aeon letak dalam handbag sebab lapar sangat dah. 

Di sini, saya share tips yang saya amalkan sebelum saya mengambil ujian air gula tersebut supaya kita tak rasa takut untuk ambil ujian air gula. Sebab saya percaya ramai di antara kita yang takut nak minum air gula sebab dengar pengalaman orang lain muntah dan sebagainya sehingga terpaksa berkali-kali melakukan ujian tersebut. 

Tips minum air gula supaya tak muntah & tak border line (pengalaman sendiri);

1) seminggu sebelum minum air gula, tak payah minum apa apa jenis air manis selain psusu untuk ibu mengandung sehari sekali sahaja. Yang waktu lain , minum air masak banyak2. 

2) saya amalkan minum air barli tanpa gula. Saya rebus sendiri and minum. Letak tambah air suam atau air sejuk ikut kesesuaian sendiri. Juga elok untuk rawat kencing kotor. Ingat! Tanpa gula ya.

3) pada hari dijadualkan minum air gula, misalnya minum air gula pada hari Jumaat. Pada Khamis tu, makan makanan berat seperti nasi/roti/mee (terpulang kpd individu- mcm saya mmg kena makan nasi, kalau tak meragam perut) makan sebelum jam 8 malam. Dari jam 8 malam sampai keesokkan hari saya cuma minum air masak. Mmg lapar, walaupun doktor suruh puasa jam 10 malam, tapi saya awlkan sebab saya nak tidur awal dan proses pencernaan karbohidrat dlm badan mempunyai masa yang cukup lama untuk tercerna sempurna. Seperti yang kita tahu, roti putih dan apa sahaja yang berwarna putih sangat tinggi kandungan gula kerana ia membekalkan tenaga kepada badan.

4) tidur awal. Supaya tak de keinginan makan malam.

5) bawak straw. Senang nak minum, berbanding teguk biasa. Macam minum air mineral tu, kalau pakai straw jap je dah habis. Main psikologi minda disini.

6) Tanam dlm perasaan, perasaan positif yang boleh minum and teruja supaya baby sehat.

7) masa 2jam yang diberi sebelum retake ujian darah, pergi lah berjalan di mana2 mall tengok baju baby or keperluan baby. Macam saya, saya wat ujian air gula di klinik swasta tempat saya checkup. So, saya pergi mall terdekat,

Berjaya! Hehehe and normal. 


Saya dan suami ketika kami menghabis kan masa selama dua jam sebelum tunggu waktu untuk ambil ujian darah kali kedua. Nampak tak, mengembang sana sini dah saya. Hehehe... Tapi saya bahagia.

Oke mommies, semoga berjaya amalkan tips dari saya ye. Maaf ye kalau ada salah tulis atau info di mana2. Sebab yang saya tulis ni berdasarkan soal jawab saya dengan doktor sahaja, takut saya ada tersalah dengar mana-mana.

I love you, AZ. X. O. X. O.




10 comments:

  1. as'salam fika, rumah sewa saya dulu tu dah ada orang masuk lepas saya keluar Jun 2015 :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye Saila sebab reply. Tak ape, saya anggap je bukan rezeki saya. Lgpun lambat dah sgt.

      Delete
  2. Salam puan fika amek ujian air gula ni di klinik mane yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam 😊 Saya buat di Klinik Najat, Seksyen 7 Shah Alam. Ade dlm previous entry saya cerita semua saya checkup di sana . Good luck awk ye.

      Delete
  3. salam.in between 2 jam tu dalam mall, fika minum air masak x?? ada effect x kalau minum air masak.
    lagi satu, pagi tu sebelum amik darah, fika minum air masak x..ada effect x kalau minum air masak pagi tu. tq btq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam 🙂 Saya minum air msk shj. Mmg minum. Tp tak bnyk. Setakat air msk tak de effect rasenye awk 🙂

      Delete
  4. Dkt klinik swasta berapa rm kena cas utk minum air gula n amik darah?

    ReplyDelete
  5. Oo mmg x lah..klinik kerajaan xd nya perisa2..tu yg nk muntah

    ReplyDelete
  6. Tp sy kat klinik kerajaan dpt air gula perasa oren

    ReplyDelete
  7. Saya 5.7 dah sangkut gula. Dekat klinik kerajaan. 😑

    ReplyDelete