Saturday 29 August 2015

Roti Daging Berkeju Bersalut Serbuk Roti

Assalamualaikum...

Saje nk kongsi resipi mudah tutup mata boleyh masak ni. Hehehe... Sedap buat kalau nak buat makan pagi ke, minum petang ke, atau bila bila masa sahaja. 

Dengan hanya 10 steps mudah, ta mustahil hidangan ni pun akan jadi hidangan ringan kegemaran anda. 



1) Masak daging cincang. Minced beef ni boleyh dibeli dengan senang amat di pasaraya. Cara saya masak, saya dadukan bawang putih, bawang merah - tumis sampai wangi. Masukkan cili kisar. Masukkan daging cincang (saya guna brand Ramly). Biarkan seketika. Masukkan sedikit rempah Oregano (banyak guna dalam masakan Italian). Kalau ta adw boleyh gune rempah kari. Masak macam masak inti karipap. Garam & Gula bergantung kepada lidah.


2) Roti dipotong kulit tepi tu. Gelek sampai dia nipis. Tujuan supaya ta banyak serap minyak ketika goreng. Yang cheese tu plak saya guna yang keping tu je. Saya potong 8 memanjang. So, dapat banyak. 


3) Sediakan telur sebiji pukul hingga sebati.


4) Letak bread crumb dalam piring yang berbeza. Boleyh beli juga ni kat pasaraya. Biasanya dalam kuantiti banyak, so, boleyh guna banyak kali. Yeay!


5) Ambil kepingan roti yang dah nipis tu. letakkan daging yang dah dimasak tu (jangan banyak sangat , nanti ta boleyh gulung). Kemudian, letak satu slice cheese sebelum gulung roti tu.


6) Celupkan gulungan roti tadi kedalam telur. Sebelum tu boleyh la calit sedikit telur dihujung roti supaya hujung yang terbuka tu, rapat. 


7) Mandikan gulungan roti yang dah salut telur tu dengan bread crumb. 


8) Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sentiasa balikkan. Sebab ta nak hangus. Bread crumb cepat garing. 


9) Dah warna keemasan begini, boleyhlah angkat dari kuali dan letak atas tisu yang serap minyak tu. Crispy taw roti ni.

LASTLY....


10) Boleyla nikmati keenakkan roti daging berkeju bersalut serbuk roti ni. Makan panas2 , keju cair didalam mulut. 

P/S : Kalau nak lagi mudah, boleyh gantikan daging cincang dengan tuna dalam tin tu. Lagi jimat masa. Tapi pastikan tos air tuna dalam tin dahulu, ta nak nanti roti kita lembik.

I love you, X. O. X. O. 








 

No comments:

Post a Comment