Showing posts with label guardian. Show all posts
Showing posts with label guardian. Show all posts

Friday, 6 November 2015

Pregnancy & Strechmarks - Penyelesaiannya

Hi assalamualaikum semua. 

Harini genap 19minggu & 2hari my little baby dalam perut ni. Rasa macam nak buat produk review untuk masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu mengandung. STRECHMARK ataupun regangan kulit di sekitar perut, dada dan peha ketika mengandung akibat penambahan berat badan (maklumla kita bawa baby kan) memang mostly ibu yang mengandung akan hadapi masalah ni. Same like me! Memula dulu rasa macam "eh, tak apa lah. Pengorbanan seorang ibu" Wahhh!!! Kemain lagi ayat saya kan. Bakal ibu mithali sangat taw. Hewhewhew...

1) Virgin Coconut Oil - Catalyst

Oke, masa awal pregnancy memang gigih pakai pakai. Sebab memang amalkan Catalyst VCO ni yg softgels. Sebab perempuan mengandung kan senang kena sembelit. Tapi since amalkan VCO softgels alhamdulillah setiap pagi, memerut dengan mudah. 



Honest review, yg dalam bentuk cecair TAK berapa nak hilangkan or melembutkan strechmarks. Tekstur nya too oily, dan bagi saya amat lambat sedikit untuk diserap oleh kulit kita. Sebab sepanjang saya guna, makin menjadi-jadi strechmarks naik. So, saya stop beli yang  VCO yang dalam bentuk cecair, tapi yang bentuk biji softgels still makan everyday. Husbaby pun setuju yang softgels tu bagus untuk pencernaan. Harga yang macam dalam gambar; RM 39.90 / 150ml.

2) Palmer's Cocoa Butter Formula (Massage Lotion For Strechmarks)

Reason saya bertukar kepada brand ni sebab dah takut tengok perut sendiri. Padahal suami kata tak apa je. Biasalah perempuan. And this product had a good review from what I googled previously.


Bau lotion (yeay! Ni tekstur seperti lotion yang mana lebih thick dan senang meresap ke kulit) sangat lah wangi. Kalau sapu sebelum tidur tu tak ade la melekit or berminyak. Bau sebiji macam chocolate. Seriously!!! Setiap kali sapu lepas mandi rasa macam nak makan perut sendiri. Nasib baek tak sampai je mulut kat perut. Hahaha... Boleh sapu juga kat breast and hips area. Orang kata strechmarks ni nanti akan ada juga kat both area mentioned just now. Tapi saya belum lagi. Losyen ni, amat melembutkan kulit perut saya. Strechmarks tak gatal dan warna semakin pudar. So, I will continue with this lotion as me, myself and my other half which is my husband LOVE it for it's texture and smells. Harga, around RM 35++ juga, untuk 250ml + FREE 50ml (travel pack - senang nak bawak pergi jalan, tak ada bawak botol besar gedabak).

3) Bio-Oil 

Sebenarnya masa beli ni, atas tujuan nak hilangkan parut-parut di mana yang berkenaan. Keinginan untuk menjadi cantik dan menjadikan kulit suami ku cantik juga :-P Pastu bila da beli, baru perasan dekat botol tu ada tulis for strechmarks pun boleh guna. 


Bio-Oil ni sangat lah terkenal dengan keupayaan untuk menghilangkan parut kan. Tapi untuk strechmarks saya cuba sapu sikit2 je. Tekstur minyak Bio-Oil ni berbeza dengan VCO. Sebab minyak ni lebih cepat diserap oleh kulit dan bau lebih harum sedikit. Setakat ni kalau saya sapu di parut jerawat (jerawat naik dengan subur sejak mengandung ni) memang pudar dan luka jerawat cepat kering. Saya suka juga produk ni. Kadang-kadang sapu losyen sedikit, sapu Bio-Oil sikit. Why not, we are giving the best for our body. Nak guna lama ni weyh! Harga masa saya beli, promosi kat Watson dapat around RM 23++ kot; 60ml. Tak ingat sebab husbaby yang beli. Mama baby tak larat. Masa tu baru balik Guardian Farmasi. Dekat Guardian mahal sikit. Nak dekat RM 30++. Beza banyak tu.

Tips saya kalau nak membeli produk penjagaan badan di Farmasi Watson / Farmasi Guardian; always check price di kedua-dua farmasi. Sebab farmasi ni selalu ada promosi untuk barang tertentu. Contoh, satu produk ni murah kat Guardian, mahal kat Watson. And kadang-kadang, murah kat Watson, mahal kat Guardian. Kena rajin sikit. Beza banyak taw. Pernah tengok beza almost RM 9 (Bio-Oil). Zaman barang semua mahal dik, kena la belajar jimat, kena rajin sikit sebelum membeli ye. 


Tu je review saya tentang tiga produk ni. Semua pengalaman adalah dari diri saya sendiri sebagai pengguna ketiga produk dengan niat membantu bakal ibu yang mungkin mengalami masalah strechmarks macam yang saya alami. Kalau review anda berlainan dari saya, itu adalah kerana penerimaan setiap individu terhadap sesuatu produk tak semestinya sama. 

I love you AZ, X. O. X. O.



Monday, 17 August 2015

Baby!

Assalamualaikum...al-kisah penantian yang penuh debaran ni sangatlah drama taw. Hai husbaby, kita nak kahwin dulu pun macam2 drama, skang pas kahwin pun drama still continue hehehe. 

My last period would be on early of May 2015, a month after my solemnization. Of course bila ta period kita orang perempuan mulalah risau. Mana tak nya, sebelum kahwin normal je. 

First Urine Pregnancy Test (UPT) aku beli kat Guardian je. Tu pun beli yang murah je. Ada aku tengok sampai ratus2. Check punya check, the result come out NEGATIVE.


Tarikh : 27 Jun 2015. Kuciwa hatiku bila tengok negatif. Tunggu 4-5 jam beharap tetibe positif. Padahal memang tak la. Sebab result kena baca after 30seconds to one minute kalau tak salah. 

Masa ni countless time memang banyak kali pergi jumpe doktor. Sebab perut cramp, lepastu membesar. Rasa tak selesa kat perut dan macam2 lagi. Tapi doktor semua bagi ubat kembung lah, sampaikan malas nak pergi jumpa doktor. Sebab siap ada doktor tu offer rawatan slimming session dengan dia. Malas. Tahu lah aku ni kurus ibarat DIVA. Hahaha. 

Sampaila one day, aku risau sesangat sebab aku dah 65 days late for ny period. Almost 2 bulan lebih la aku kira, sebab aku ada download apps Period Calendar kat dalam handphone aku untuk track aku punya period. Aku plak asyik nak muntah je. Kalau dalam kereta tu asyik mual je. Lepastu aku lagi syak sesuatu, sebab ada one day tu tetiba aku nak muntah bau dan tengok masakan aku, ikan kembung masak lemak. Aku bertekad, suruh husbaby pergi beli lagi satu UPT

13 Ogos 2015, aku masa ni tengah merajuk (biasa la, emosi lebih. Kitorang kan pelakon drama swasta tak bergaji). Aku ingat lagi. Aku bangun pagi tu, selepas tidur yang lena kat hotel kat Melaka sensorang, aku terus check urine gune UPT tu.

Jeng....

Jeng....

Jeng....


Nampak tak kat T tu. haaaa, naik satu lagi line, kalau 2 lines means POSITIVE mengandung. Yahooo, terus tak tidur pagi dah aku. Dalam hati time tu de ragu-ragu jugak. Ye la, dari bulan Jun sampai la Ogos, berapa banyak doktor semua cakap aku negatif mengandung. Aku decide, apa-apa kena pergi jumpa doktor jugak untuk dapatkan confirmation. And for your information, UPT yang dalam gambar ni murah je . Tak sampai 15ringgit pun harganya. Memang aku suke beli yang murah je macamni, sebab sebelum ni asyik negatif, aku rasa macam membazir plak. 

Dalam pukul2 petang 13 Ogos 2015, aku terus pergi satu klinik ni. Aku jumpa doktor, dia tengok gambar UPT aku, and dia cakap "confirm pregnant, let's scan" . Memula dia takut juga nak scan, sebab dia takut kecik sangat nanti tak nampak. Tapi aku insist nak buat jugak. 


Nampak tak si comel cinonet tu. heee. 10mm. Kalau ikut estimation doctor yg scan aku ni, da almost 7weeks + da baby ni. Alhamdulillah. Maybe dulu dia malu-malu nak tunjuk diri dia lg. Kuat ni baby ni. Sepanjang aku tak tahu aku pregnant aku siap ada jatuh bilik air lagi. Tapi alhamdulillah. 

p/S : harini 17 Ogos 2015, lepas habis Maghrib kita buat buku bayi ye baby. Buat kat klinik panel husbaby. Hope baby membesar dengan sehat dan selamat. I love you baby and husbaby! 

X.O.X.O