Showing posts with label checkup. Show all posts
Showing posts with label checkup. Show all posts

Friday, 5 February 2016

Detailed Scan & 3D+4D Scan Untuk Baby

Assalamualaikum...

Memandangkan sekarang saya dah la masuk third trimester of pregnancy, dah 32w dah, perut semakin membesar mata semakin berat nak tidur je sepanjang hari...dan of course, FOR SURE "TOILET" menjadi tempat kedua yang kerap dikunjungi selepas katil. Hehehe...

Apa boleh buat, redha je la mak buyung. 

Saja nak bercerita tentang jenis2 scan yang biasanya amat popular dikalangan ibu mengandung untuk mengetahui keadaan baby kat dalam perut. And so far, saya dah buat semua jenis scan. Al-maklumlah, first pregnancy ni excited lain macam sikit. Semua scan saya buat semua nya saya buat kat klinik yang saya buat monthly checkup sebab dah selesa dengan klinik tu, da kenal staff and tahu cara layanan staff dan doktor mcmane. Harga pun sangat berpatutan. Of course, tip top sebab tu setia dengan Klinik Najat (boleh rujuk entry Buku Merah aka Antenatal Book sebelum ni kalau nak tahu tentang klinik ni).


Gambar ihsan Google.

Oke, untuk scan 2D itu adalah scan yang kita monthly buat (depend on clinic). Gambar hitam putih je, tp boleh tengok perkembangan baby dalam perut. Mcm saya dulu, setiap bulan tengok...rasa terharu sangat taw. Boleh ingat lagi tengok kat monitor tu dari bentuk macam titik je, pastu boleh tengok jelas bentuk seperti seorang bayi. Emotional habis.


Contoh 2D. Ni masa baby saya 7w.


Contoh 2D. Baby saya masa 21w. Nampak dah bentuk baby.

Kemudian, kita ada 3D+4D Scan. Kebanyakkan klinik, mereka akan sekalikan pakej la 3D+4D ni sekali. 3D ni boleh tengok wajah bayi dan reaksi bayi ketika ini. Manakala 4D pula berbentuk video, di mana kita boleh tengok pergerakan dia. Seperti tersenyum ke, menggerakkan tangan ke... Sesuai buat 28w ke atas sampai 32w. Sebab ketika ni, bayi da mula ada lemak di badan jadi gambar akan lebih nmpk cantik dan jelas. Tidak sesuai buat lebih dr 32w (bincang dengan klinik) sebab sekiranya bayi dah membesar, ruang dalam perut kecil susah nak capture moment & picture. 


Baby saya masa buat 3D+4D ketik 30w. Kisah buat scan ni, sebenarnya memula dah buat masa 29w. Appointment malam masa tu. Dan tunggu giliran sangat lama. Masa 29w buat, baby sorok muka balik uri. Lepas tu tidur (doktor tengok graf jantung berdegup tu sekata je, maybe tidur). Terkilan juga masa tu. Sebab dah bayar mahal kan tp tak jelas. Cuma nampak gender je. Tp Allah tu maha Adil, disebabkan kami ni memang checkup kat situ, doktor baik sangat. Dia ckp next checkup dia akan buat lagi 3D+4D untuk kami sekali lagi, at least boleyh tengok muka baby. Kuasa Allah tu luas, masa 30w tu memang jelas. Tu la hasilnya gambar jat atas tu. Free taw. Doktor tu dah tak charge saya harga 3D+4D. Baby saya baik sangat siap tunjuk muka dia, pastu senyum lg. Tahu je baba & mama dia nak tengok dia. Pastu dia sorok muka dia.

Dan lastly, ada satu lagi jenis scan yang popular di kalangan ibu mengandung. Dikenali sebagai Detailed Scan.


Untuk detailed scan ni plak, gambar dia macam 2d tu je ye. Gambar hitam putih je. Tujuan nya untuk, lihat keadaan bayi, samada ada abnormalities atau tidak (nauzubillah mintak semua bayi kita lahir sihat sempurna ye). Mcm saya, saya buat masa 21w, doktor explain kat saya, kali, kedudukan bayi, perut bayi oke tak...lepastu, tengok jantung bayi. Normal ada 4injap. Nanti memang akan nampak kat screen tu. Jantina pun kalau bayi tak sorok, boleh nampak dah. 

Itulah antara jenis-jenis scan yang akan ibu2 alami semasa mengandung ni. Hehehe. Enjoy your pregnancy. Time ni la nak bermanja-manja ngan suami. Mesti suami kesian tengok isteri bawak perut boyot2. Hehehe. 

Macam saya, memang terasa beratnya perut. Doktor saya kata, anak saya ni cukup makan. Baru 31w da hampir 2.6kg. Membesar bagai juara sangat yg didalam perut ni. Jadinya, mama kene la control makan sikit. Sekarang dah start checkup kat private hospital yang insyaAllah akan jadi tempat saya bersalin nanti. Dah tak pergi klinik biasa. Sebabnya, dah sampai waktu kena ulang alik hospital. Nervous dah skang. Doakan yang baik2 untuk saya dan bayi ye. Terima kasih.

I love you AZ. X. O. X. O.







Friday, 28 August 2015

Buku Merah a.k.a Antenatal Record for Baby :)

Assalamualaikum...

Hi semua. Mesti ada dikalangan readers masa pregnant first baby jadi buntu tak tahu nak buat apa. Well, macam saya...masa baru tahu mengandung, terus bincang dengan husbaby about where we are going to have our monthly check-up for our first baby. 

Seeloknya, buku merah ni perlu dibuat as soon as possible, to confirm our pregnancy dan ambil vitamin yang sepatutnya untuk keperluan bayi kita. Lagi lagi first pregnancy. Contohnya, asid folik, sebab ia sangat penting untuk membantu pertumbuhan sel dalam badan bayi, first trimester bayi develop sangat cepat. Kalau consume awal-awal sebelum pregnant lagi bagus. Maknanya kita dah biasakan diri kita dengan pengambilan asid folik ni, so baby dah dapat serap kebaikan since early.


Masa sebelum pregnant, pil ni beli sendiri kat farmasi. Murah je. Sepapan ada 10biji, RM1 je :)

Memandangkan saya dikira bawah tanggungan dia, so, we decided to do monthly check-up di klinik swasta yang merupakan panel tempat kerja husbaby saya. So, everything will be cover by the insurance panel for this monthly check-up until 7 months of pregnancy. FREE monthly check-up, apa lagi...kita gunakan kelebihan yang ada.

Masa memula nak pilih klinik SERIOUSLY pening, al-maklumlah first baby mesti lah macam over excited sikit. Semua kalau boleh nak yang terbaik. Hahaha...We GOOGLE all the times to find out the best clinic with a good doctor. 

Kalau prosedur buat buku merah di Klinik Kesihatan Ibu & Anak mereka memerlukan salinan sijil perkahwinan ibu dan bapa, dan juga jangan lupa bawak salinan IC bakal ibu dan bapa. Ini berdasarkan bacaan saya di blog orang :)  Ikut hati bak buat juga buku merah di KKIA kerajaan ni, tapi memandangkan dari segi time consuming not very flexible kami pun decide untuk buat kat klinik swasta je. Kalau buat kat klinik swasta macam saya, appointment with doctor waktu malam. So, suami pun tak de lah nak pening kepala asyik nak cuti je kalau ade appointment. Kalau buat dengan KKIA memang kena cuti sebab ramai dan kita pun kena faham la keadaan dan situasi doktor ye :) Terpulang kepada pasangan, di mana yang sesuai dan mudah bagi mereka. Sebab, saya percaya semua ibu dan bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.


Antenatal Record by Klinik Najat, Shah Alam. Estimation due : March 2016 :)

Macam mana boleh jumpa klinik ni. Sebenarnye secara kebetulan sangat. Masa kami berdua sebuk mencari klinik mana yang sesuai dan mempunyai good reviews, I was stumble on my Facebook newsfeed which was that time one of my friend like Klinik Najat's page. Saya pun apa lagi, terus la baca reviews tentang klinik ni. Amboi, almost semua bagi review 5 bintang punya. Diorang cakap doktor Gynae , Doktor Nadia ni sangat la peramah dan membuatkan kita rasa selesa dengan dia.

Terus la cakap kat husbaby, I want to do it here. Prosedur buat kat klinik swasta mudah. Cuma memerlukan IC ibu sahaja, itupun untuk pendaftaran. Masa first jumpa Doktor Nadia ni, amboi dia greeting kami macam kami ni kawan lama dia. Memang selesa sangat. Dia terus tanya semua. So, first step pihak klinik still collect urine kita sebab nak betul confirm kan pregnancy, lagipun kita memang nak buat buku kat situ kan. And then, diorang akan ukur tinggi ibu dan berat ibu dan juga tekanan darah ibu. Dah buat semua tu, Doktor Nadia panggil untuk buat scan untuk tengok baby development. Masa ni, Doktor Nadia tunjuk kami jantung baby tengah berkelip, dan boleh dengar heartbeat baby. Terharu sgt time ni. Rasa macam ta sangka I was carrying another human inside my womb. 


Gambar scan wajib mintak. Da besar sikit da baby mama ni time ni. Dulu masa baru tahu pregnant, baru 10mm. Sekarang dah 13.7mm da. 


Jangan tanya saya ape ni. Yang saya tahu ni semua maklumat tentang bayi kita la. Da berapa umur dia. And next follow-up time also.

Satu je komen saya, Klinik Najat ni memang bagus. So, kalau ada mommies yang nak buat monthly check-up saya amat suggest klinik ni. 

Oke, so now in another approximately two weeks time from today baby and mama together with baba will see Doktor Nadia lagi. Doakan baik-baik untuk kami ye. Terima kasih taw semua. Allah je boleh balas.

X. O. X. O. I love you, AZ.