Showing posts with label ceaserean. Show all posts
Showing posts with label ceaserean. Show all posts

Thursday, 26 May 2016

Uruskan Diri Semasa Berpantang Secara Pembedahan

Assalamualaikum semua...

Mesti semua tertanya-tanya kan, bagaimana la cara nya untuk uruskan diri selepas bersalin secara ceaserean. Ye lah, mesti dalam fikiran semua orang mesti teruk kan keadaan selepas bersalin ceaser. Trust me, it's not that bad as you think. Mostly, pada hari kedua je akan rasa sedikit takut-takut nak berjalan, membuang air besar dan sebagainya. Saya siap tanya kat doktor taw, cmane doktor nak buang air besar? Hahaha... Doktor saya bagi pil pelembut najis selama 2 minggu. Jadi lancar la proses tu. 

Dah la masa memula discharge dari hospital doktor pesan tak boleh mandi sehingga hari ke-10. Rimasnya! Tapi, setiap hari sampai hari ke-10 walaupun saya tak dibenarkan mandi...saya cuci rambut saya setiap hari dengan shampoo & conditioner kat sinki setiap hari serta lap seluruh badan dengan air dan kain. AZ tolong cuci. Hehehe... Bila lagi nak bermanja kan. 


Muka-muka habis pantang :)

Set Bersalin? Of course la sebab ni anak first saya beli set berpantang yang paling best kononnye. Last2, tak pakai pun. AZ belikan set Nona Roguy. 


Set Nona Roguy.

Sudahnya, hanya guna dua item dalam kotak ni. Iaitu Phytonatal yang saya jujur boleh rate lima bintang sbb mmg bantu melawaskan usus kita & Akar Herbanika yang kita kena rebus uncang tu dan kita mnum air tu. 


Ni semua tak guna sebab Rania tak suka bau herba herba ni. Tahu pun sbb mase bukak kotak NR tu dlm bilik, ngn bukak penutup Krim Barut tu nak bau...sudahnya berapa jam merengek menangis sbb dia tak pernah bau kat saya. Bila dah cuci (kena sental woooo, bau kat tangan melekat kuat gila), baru diam senyap dan tenang. Aduhai anak. 

Jadi masa dalam pantang memang saya amalkan makan serbuk manjakani dalam kapsul tu untuk kecutkan rahim saya sebab tu je yang tak tinggalkan bau.


Ni la rupenye. Makan la setiap malam sepanjang saya berpantang ritu. Postnatal checkup doktor puji rahim kecut cantik. Siap scan tu. Hehehe.

Sejujur nya masa berpantang saya tak de amalkan apa-apa sangat. Sebab saya berpantang dengan MIL. Jadi agak malu dan segan untuk minta tolong buat apa-apa. Dalam minggu pertama dan kedua, saya hanya uruskan anak dan diri saya sahaja. Lagipun husbaby ambil cuti extra seminggu untuk bantu saya. Sangat membantu sebenarnya apabila suami cuti selama 2 minggu selepas kita bersalin lebih-lebih lagi jika bersalin secara pembedahan. 

Dari segi pemakanan, saya mula makan ikan haruan itu pun yang digoreng pada minggu ketiga. Takut nak makan awal-awal, sebab luka dalaman kita tak elok lg.  Sepanjang berpantang saya makan ayam, ikan merah dan ikan tenggiri yang dimasak pelbagai cara. Oh ya, kalau boleh pada minggu pertama dan kedua ni makan la oren Sunkist tu setiap kali lepas makan. Bagus untuk elokkan luka :)

Dalam minggu ketiga berpantang tu saya dah cukup kuat untuk basuh baju sendiri menggunakan mesin basuh dan sebagainya. Alhamdulillah. Perut pun dah tak rasa bergegar dah, tapi still menggelebeh sampai harini. Aiyooo! Kena work hard nak hilangkan.

TIPS BERPANTANG SENDIRI UNTUK IBU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN.
Share from FB : HayatiMomcare PenjagaanPantang

1) Berbincang dan bersepakat dengan suami.

Ini sangat penting. Percayalah, kita tak boleh buat semua sendiri. Bila berpantang sendiri, suami perlu mainkan peranan, tak boleh riba tangan je. Kita kena bincang betul2 dengan encik suami, terangkan betul2 keadaan kita, Insyaallah, suami akan faham.
Terimalah hakikat bahawa kita perlu juga ada seseorang yang membantu kita. At least, bantu ambil barang, mandikan bayi, bakarkan tungku dan lain-lain.
Jika suami berkerja (bukan berkerja sendiri), minta suami ambil cuti tahunan untuk seminggu bagi memberi ruang kepada diri kita membiasakan diri untuk buat kerja-kerja dalam pantang sendiri. Kalau kerja kerajaan, memang suami akan dapat cuti tanpa rekod selama seminggu apabila isteri bersalin.

2) Mental perlu kuat. Hati mahu tenang.

Berpantang sendiri perlu kekuatan mental. Jika jiwa kita resah dan serabut dalam waktu berpantang kerana risau melihat rumah tidak terurus dengan baik, ia akan mengganggu pengeluaran susu badan (minggu pertama dan kedua paling kritikal menyusu bayi dengan kerap untuk elak bayi demam kuning) kerana jika tidak boleh kontrol, boleh mengakibatkan kita terkena penyakit MEROYAN.
Minta bantuan suami membuat kerja-kerja rumah (tapi jangan harapkan sesempurna seperti kita yang lakukan) atau boleh juga cari PART TIME MAID untuk membantu kita uruskan rumah. Boleh booked dari awal, ramai yang buat perkhidmatan ni sekarang. Mereka boleh datang masak, kemas rumah dan sebagainya.

3) Booking siap-siap tukang urut atau Confinement Lady

Jika tidak di booking siap-siap, bimbang bila kita perlukan mereka ini tidak 'available'. Almaklumlah, bukan kita seorang yang bersalin. Walaupun bersalin secara pembedahan, kita perlu juga berurut supaya darah dalam badan berjalan lancar dan menghangatkan badan, susu badan keluar dengan lancar dan juga mengelakkan badan masuk angin. Elakkan berurut di bahagian pembedahan (biasa tukang urut tahu).

4) Persiapan barangan bayi 

Tidak perlu membeli barang bayi terlalu banyak. Cukup beli yang 'basic' dan penting dahulu seperti:

a) Baju lengan panjang, lengan pendek dan baju berlubang. Semuanya TANPA SELUAR. Seluar tak payah beli dulu kerana masa ni bayi pakai 'diapers' dan berbengkung (saya belajar tips ni dan amakan dari hospital tempat saya bersalin. Seriously sangat membantu dan jimat masa. Baby saya da start masuk 2 bulan baru saya pakaikan seluar).

b) Sarung tangan /sarung kaki

c) Selimut bayi. Kalo boleh yang ada hood. Senang sarung bila bawa bayi keluar ke klinik untuk elakkan kepala bayi masuk angin. (Bagi tips ni pula saya belikan bedung ber hood untuk anak saya, sebab selimut bagi anak saya hanyalah kain bedung dia je)


Rania di pangkuan ayahnya. Bedung warna merah.


Rania sedang tidur. Bedung yang sama brand warna pink pula kali ni. 


d) Tilam dan bantal bayi. Kalau boleh cari bantal yang berlekuk tengah supaya kepala bayi boleh 'centre'. Tips: selalu betulkan kepala bayi jika bayi tidur lama dengan kepala mengiring terlalu lama disebelah kanan atau kiri. (Saya ada menyediakan bantal bagi Rania, tapi sehingga sekarang usia Rania 2 bulan lebih, saya lebih selesa menidurkan dan membaringkan Rania tanpa bantal. Sebab terpengaruh tengok cerita The Return Of Superman yang pasal daddy di Korea menjaga baby tu, diorang pun tidak menggunakan bantal untuk bayi mereka. Saya ada buat research melalui Google pun kata seeloknya tidak menggunakan bantal bagi bayi baru lahir. Tapi terpulang kepada mommies semua ye)


Baby Rania bam bam tengah layan mata nak tidow. Sexy nya mata!

e) Toiletries bayi dan minyak telon. (Untuk Rania saya guna bahan mandian dari Sebamed dan minyak Yu Yee sebagai minyak Telon).

f) Diapers New Born
(Walaupun ramai yang kata tak perlu beli size newborn, terus beli size S...tapi pada pendapat saya newborn diapers sangat berguna. Sebab ia mempunyai ruang untuk pusat sekiranya belum luruh. Walaupun Rania lahir 3.9kg dan tali pusat luruh pada hari kelima kelahiran dia saya masih pakaikan dia diapers untuk newborn. Pada waktu tu saya belikan jenama Mamypoko. Muat kat Rania, tapi masuk je size S terus tukar jenama Drypers, sebab jenama pertama mahal sedikit. Hehehehe.)


Bekas simpanan diapers Rania. Kemas kan?

*****pastikan barang keperluan ini diletakkan di tempat yang kita senang capai, boleh gunakan bakul yang bersesuaian dan bertutup (elak habuk)

5) Persiapan keperluan Ibu 

a) Tungku / Hot Water Bottle. Untuk awal-awal bersalin, bertungku dahulu di betis, di tapak kaki untuk elakkan angin masuk.

b) Bengkung. Bukan bengkung yang ikat-bertali tu tau. Bengkung yang zip zap. Sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan pakai. Bengkung ini juga boleh dibasuh mesin dan ada saiz mengikut saiz badan kita. Boleh dapatkan sebelum bersalin. Survey mana2 kedai atau banyak juga di jual secara online. Boleh tanya kawan2 atau ssaudara yang pernah menggunakannya.

c) Maternity pad untuk darah nifas. Jangan hairan apabila darah nifas ibu yang bersalin secara pembedahan tidak banyak keluar. Ini kerana semasa proses pembedahan, darah nifas sudah disedut/dipam keluar. Pilih pad yang sesuai, senang digunakan.

d) Pengering rambut.
Untuk memudahkan ibu-ibu mengeringkan tempat luka bersalin selepas mandi. Ini penting agar luka betul2 kering yea, nanti kalau tak kering, akan timbul komplikasi lain pula. (Kalau tak de pengering rambut boleh je keringkan menggunakan kipas. Halakan pada luka dan biarkan luka kering).

e) Supplemen
Seperti yang saya cakap tadi, supplement sangat penting untuk memastikan badan kita kembali sihat selepas menjalani proses kelahiran yang sangat memenatkan. Apatah lagi jika bersalin secara pembedahan, Luka jahitan nak jaga, anak nak jaga juga kan. Kalau badan kita lemah, itu lah nanti yang akan menyumbang kepada sakit meroyan ( ha, ni penting. Kalau tak nak beli supplemen yang mahal-mahal tu..boleh je nak beli manjakani kapsul tu dengan saya. Gambar mcm kat atas, Whatsapp sahaja saya 0142140654 )


Oke, itu sahaja lah tips-tips yang boleh saya share sekiranya bersalin secara pembedahan / ceaserean. Kebanyakkan tips adalah dari pengalaman saya sendiri. Yang mana baik, adalah dengan izin Allah...yang buruk itu kekhilafan dari diri saya sendiri. Ewahhh, macam baru lepas bagj ucapan pulak.

I always love you AZ & RA. X. O. X. O.

Saturday, 9 April 2016

Rania Azzahra Born Day

Assalamualaikum...

My soul, my love, my baby girl was finally born on 14th of March 2016. Husbaby and I personally choose Putra Medical Center Sungai Buloh untuk bersalin anak pertama ni sebab review tentang doktor yang saya buat monthly checkup & yang akan uruskan urusan delivery process saya nanti iaitu Doktor Wan Ratna. Seriously this doctor deserve all the good review sebab dia memang the best. Soft spoken, even pregnant mommies tak akan stress la ngan dia walaupun dia akan advise itu ini. I am telling you, she is really a good doctor, she know what she is doing and she know how to maintain the relation between her and her patient.  

Masa deliver , saya baru 37w. Tapi sebab masa last checkup, masa scan, baby was succesfully growing healthily inside my womb when I am supposed to be carry her for 37w term but she is already 41w inside (masa ni saya pergi jalan mana-mana mesti akan ada orang bertanya whether I am carrying a twin sebab perut saya sangat lah besar! Hahaha). 

Kombang segalonye. Hidung perut kaki. Hahaha. Masa ni da 9 bulan da. Gigih g berjalan sane sini. 


10 March 2016 , Khamis.

Never thought this time will be a last time for checkup. Saya masih bersenda gurau lagi ngan AZ. Siap planning lepas checkup nak dinner kat mana. Tup tup tup, lepas jumpe doktor, doktor suruh admit due to high BP reading. Doktor kata kalau BP (Blood Pressure) tak okay by tomorrow (11/3/16) kena bersalin jugak tak kira la apa2 pun. Saya memang da tahu dari mula akan bersalin secara Ceaserean sebab my baby was breech (sonsang) & big baby. Masa doktor bagitahu dengan selambanye tu, kami berdua mahunya tak terkejut?! Saya rasa muka kami suami isteri masa tu pucat gila! Bersalin wei bukan main-main. Merayu kat doktor tak nak esok! Nak minggu depan, sebab rasa mcm tak prepare dari segi mental fizikal. Eceh! Mengade plak padahal bukan jauh pun beza hari tu. 

Sebab nya hospital tu dekat amat dengan rumah kami, saya pun cakap ngan doktor nak dinner dulu, afterward baru saya "check-in" ward hospital and the doctor said okay but no red meat and no salty food la, (fuh nasib dapat g makan, kan da planning sesiap td. Hahaha). Tepat 12.00 tengah malam, lelas balik rumah siap mandi, solat kemas baju semua siap baring2 jap kat rumah...g la "check-in". Tu pun nurse da call tanya bila nak masuk ni. 


Antara prosedur duk ward time tu...kena di ambil bacaan BP setiap beberapa jam. Sebab nak pastikan betul2 okay. Even tengah tidur pun diorang kejut. Alhamdulillah okay. And then satu lg prosedur, adalah buat CTG. Nak terangkan tataw sangat la CTG ni. But it's like reading graph for baby hearbeat. Nurse akan lilit kat perut kita cari heartbeat baby and then machine tu akan rekod graph for at least 20minutes. Nak tengok baby dalam perut okay atau tak.

Ni la machine nya. 


Ni contoh graph baby saya...time ni kalau ikut explanation doktor, baby tengah tidur sebab mendatar je. Masa tu pun da almost 2am dah. 

Ajaibnya esok pagi, doktor datang round ward and declare bacaan BP saya sangat stabil. So, yeay! Deliver next week on Monday. Hahaha. Mengade kan. Padahal masa doktor inform tu boleyh discharge hari Jumaat da. Selang beberapa hari je. Itu semua belakang cerita, yang penting saya masih de Sabtu n Ahad nak makan sepuasnya before delivery. Teringin nak makan Shushi King sebenarnya. 

13 March 2016 , Ahad.

Finally, "check-in" ward for the second time jam 12 malam. Masuk je ward terus masuk Single Room yang terletak betul2 depan kaunter nurse & nursery for baby sebab Doktor Wan Ratna da sesiap book kan bilik tu untuk saya. (senang nurse nak pantau) Sebab saya je patient dia yang kena operate awal pagi 14/3/16 keesokkannya. Even the nurses there dah kenal muka saya. Hahaha. Alhamdulillah, layanan sangat baik. Masa masuk malam tu, of course la tidur mcm tak tidur sangat je. Terus start puasa. Nervous kot nak tunggu pagi. Husbaby balik rumah dulu malam tu. Saya insist. Biarlah dia rehat dulu malam terakhir sebelum bergelar daddy. Hihihi...

14 March 2016 , Isnin. 

Sebab dah tahu akan masuk Operation Room jam 7pg, jadi pagi tu pukul 5pg da terkebil-kebil mata. Pukul 5.30pg g mandi solat Subuh semua. Siap shampoo bagai. Sebab dah expect lepas deliver nanti mesti lama tak dapat mandi sepuasnya. Husbaby sampai wad nak dekat pukul 6.30pg. Saya paksa dia breakfast dulu pepagi buta tu sebelum datang tengok saya. Hahaha. 

Jam 7pg tepat, nurse datang. Tolak masuk OT room. AZ tak boleyh masuk lagi. Masuk je, ada doktor bius da standby. Dia perkenalkan diri, dan each procedure dia akan terangkan before buat. Hatta cakap "ni saya tengah rasa tulang belakang puan". Pakar bius dia akan banyak berborak (sebab bius separuh badan je kan) bende-bende yang santai sambil dia buat procedure tu sebab nak saya relax, and it's totally work on me. 

Overall process sangat cepat. Dr Wan Ratna, sendiri yang peluk bahu saya semasa pakar bius cucuk di tulang belakang, and right after that saya baring je, diorang panggil AZ masuk dan terus diorang buat persediaan untuk Ceaserean. Starting masukkan tiub kencing and measuring the part yang akan dibelah untuk keluarkan baby. Mase ni dah kebas dah lower part of my body, dah tak rasa apa-apa. Saya siap bergurau dengan husbaby, saying that he looks like a doctor sebab dia pakai baju yang khas untuk orang masuk Operation Room. Time tu saya boleh gelak-gelak sebab diorang dah letak tirai yang menghalang pandangan saya dari bawah dada sampai bawah. Suami saya je yang tengok overall process. Tangan dia masa tu, sejuk gila. Nervous tengok semua tu. Yang paling saya ingat, bila AZ cakap "ha, dah nampak kaki dia". Sebab baby saya sonsang, jadi memang keluar kaki dulu. Masa doktor nak keluarkan kepala baby, ditekan-tekan nya perut saya ni Masya-Allah, Allah je tahu sakit nye macam nak terkeluar isi perut ni. Huhuhu. Lepas dua tiga kali process tekan menekan ni, dengar la tangisan seorang hamba Allah ni. Terharu sangat dengar dia nangis. Nurse letak dia kat meja betul-betul bertentangan dengan kepala saya. Jelas masih ingat lagi saya, badan dia masih diselaputi cecair putih dari ketuban tu... Mata yang comel tu tak boleyh bukak lagi. Cuma mulut je menangis terkejut sebab dah tak berada dalam perut mama dia yang selesa ni. Touching plak masa cerita saat baby keluar ni. Lepas cium baby, and nurse dah potong tali pusat dia semua...AZ kena keluar sebab nak azankan baby and baby herself perlu letak bawah lampu sebelum dibersihkan for about 6 hours kalau tak salah diorang panggil tu sort of like warmer la, procedure kat situ untuk each baby yang lahir sbb tak nak diorang terperanjat dengan suhu luar dari rahim ibu. 


Ni la muka baby mama selepas dilahirkan. Credit picture untuk husbaby, sebab dah berulang kali ingatkan dia yang saya nak sangat tengok gambar dia betul2 lepas keluar. Setiap baby, selapas keluar dari rahim dia akan kelihatan sedikit mengembang dan akan berubah selepas beberapa jam. Sebab tu nak simpan! Nanti dah tak de kenangan. Hehehe...


The very first time I am holding her after 6 hours. Baby dah mandi dah masa ni. Speechless.


First Family Photo (selfie dalam bilik, ahhh bukan ade orang lain...kami je)

After several minutes or almost hour I think lepas doktor dah keluarkan placenta ataupun juga dikenali sebagai uri (besar okay!) and dah jahit perut (process ni agak lama, maklumlah perut kita kan ada berapa lapisan) baru lah saya keluar disambut dengan senyuman kat muka AZ yang setia menunggu kat luar pintu OT room. 

Oh ye, mcm saya selepas pembedahan kelahiran secara Ceaserean ni saya kena baring tak boleyh bangun dari katil 6 jam untuk elakkan tumpah darah and also for almost one day sampai keesokkan harinya saya tak dibenarkan turun dari katil. Everything is been doing on the bed even changing the sanitary pad nurse yang buatkan atas katil tu. Dan juga, saya kena pakai stokin khas untuk elak darah berkumpul kat kaki selama saya warded kat sana. Agak ketat, tapi selesa. Dan memang nampak perbezaan, kaki bengkak tu memang kurang setiap kali stokin dibukak. Kire mcm aliran darah oke la. Stokin tu ta mcm stokin lain, kat hujung kaki semua terbuka, dan panjang sampai peha. Ketat dan tebal tapi tak panas. Hehehe. One more thing, at this hospital if you deliver your baby by ceaser you cannot consume any solid foods until you can fart. Sounds funny, but it's true. Saya da la puasa start warded last night. Tahan je la. Tapi lepas bersalin secara operation seriously tak fikir sangat pasal makan, because me myself can't push myself untuk meneran. Maksudnya, tetiba rasa macam nak kentut, tapi usus kita tak boleh kentut, teran pun tak rasa apa2. Sebab tu kena puasa, untuk pastikan usus kita berjalan lancar untuk kesan samada usus kita okay tak after Ceaser. 

16 March 2016 , Rabu.

Discharged from hospital.

Habis dah la cerita pengalaman saya semasa melahirkan Rania Azzahra Binti Muhammad Adnan ni. Sekarang pada hari post ni siap ditulis, dia baru berumur 36hari. InsyaAllah, pada hari anda membaca post ini, dia sudah pun berumur 45 hari. Tujuan post ini saya tulis, selain untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain adalah untuk bacaan Rania Azzahra sendiri ketika dia sudah besar nanti memandangkan blog saya adalah compilation cerita saya dan AZ sejak zaman percintaan kami lagi. 

Rania , sebulan. 14/3/16-14/4/16.


Rania , setelah beberapa hari cukur rambut. AZ pun botakkan kepala nak sama dengan his daughter ni. 

Makin membulat. Berat amat! Hehehe. Latest picture taken a day before my confinement bakal berakhir. Yahuuu.

Rania Azzahra, membesar jadi anak yang sihat, solehah, lemah lembut dan taat kepada Allah, Rasul dan kedua ibubapa mu ya sayang. 

One day, when you are reading all the stories I wrote here...I want you to know that baba & mama love you Rania Azzahra more than everything. I promise I love you forever.

I love you, always love AZ & RA X. O. X. O.